Harian Metro

Piala Dunia medan terbaik uji keberkesan­an VAR

- Zulfaizan Mansor sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penggunaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) diyakini antara elemen yang bakal menjadi tumpuan sepanjang Piala Dunia 2018 di Russia pada Jun dan Julai depan.

Ia menjadi medan ujian terbesar buat sistem berkenaan selepas beberapa liga utama Eropah termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Bundesliga di Jerman sudah menggunaka­n teknologi berkenaan bagi membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat.

Bagaimanap­un, terdapat juga kritikan negatif terhadap teknologi berkenaan termasuk yang disuarakan pengurus Chelsea, Antonio Conte dan rakan sejawatnya di Arsenal, Arsene Wenger yang mempersoal­kan penggunaan VAR, ketika pertembung­an dua kelab gergasi itu, Januari lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh berpendapa­t, Piala Dunia adalah kejohanan terbaik untuk menentukan sejauh mana kemampuan VAR boleh meningkatk­an kualiti dalam keputusan pengadil.

Beliau berkata, semua negara termasuk Malaysia yang bercita-cita untuk melaksanak­an VAR dalam liga masing-masing boleh melakukan penilaian terbaik sebelum mengeluark­an perbelanja­an besar untuk teknologi itu.

Katanya, kos untuk melaksanak­an teknologi berkenaan bergantung kepada kualiti VAR itu dan yang paling murah dianggarka­n bernilai tidak kurang daripada RM15 juta.

“Persiapan untuk pertanding­an Piala Dunia jauh sekali berbeza jika hendak dibandingk­an dengan mana-mana pertanding­an dalam negara mahupun di luar negara.

“Pelaksanaa­n VAR di Piala Dunia sudah pasti menarik untuk disaksikan kerana pelbagai reaksi positif dan negatif mengenai sistem berkenaan sudah kita dengar sebelum ini.

“Malah, pelbagai bentuk latihan termasuk dari segi ‘offline, online dan simulator’ dirancang khusus untuk membantu semua pengadil agar dapat membuat keputusan yang terbaik.

“Antaranya untuk memastikan masa yang diambil oleh VAR bagi membantu pengadil membuat keputusan tidak terlalu lama sehingga boleh menjejaska­n kelancaran perlawanan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Ahli Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabang­sa meluluskan penggunaan VAR pada Piala Dunia 2018 dan Sukan NSTP, semalam turut melaporkan majoriti jurulatih Liga Malaysia (Liga M) menyokong penggunaan teknologi berkenaan walaupun masih perlu mengambil masa beberapa tahun lagi untuk dilaksanak­an di negara

ini.

Selain itu, Subkhiddin turut percaya kelemahan tetap akan wujud walaupun teknologi tinggi seperti VAR digunakan untuk membantu keputusan pengadil.

“Sama seperti pasukan profesiona­l yang membuat pelaburan besar untuk pasukan mereka, mempunyai jurulatih dan pemain yang hebat, bijak membuat perancanga­n taktikal dan sebagainya, tetapi akhirnya faktor kesilapan pemain tetap juga berlaku dan menidakkan pasukan itu untuk menjadi juara.

“Begitu juga dengan VAR, ia adalah gabungan teknologi dan manusia yang pada akhirnya dikuasai oleh manusia untuk memutuskan sesuatu keputusan. Justeru, kekurangan dan kesilapan sudah tentu tidak dapat dielakkan,” katanya.

Langkah yang diambil AFC ini harus diambil perhatian buat semua pemain khususnya pemain muda negara yang bakal beraksi di kejohanan antarabang­sa tahun ini termasuk Kejohanan AFC B-16 dan Kejohanan AFC B-19.

Malah, kes doping penjaga gol skuad B-23 negara, Ahmad Syihan Hazmi yang positif bahan terlarang metabolite methandien­one ketika menyertai Kejohanan AFC di China Januari lalu dan kini digantung sementara 60 hari seharusnya dijadikan peringatan.

Windsor berkata, sebagai pemain profesiona­l, semua pemain tidak boleh memandang mudah sebarang makanan sampingan yang diambil.

“Pemain profesiona­l kena selalu berbincang dengan pihak perubatan. Kalau ambil sesuatu ubat untuk nak sihatkan badan pun tak boleh kerana mereka pemain profesiona­l. Kes yang berlaku sebelum ini harus dijadikan satu pengajaran,” jelasnya.

 ?? Windsor Paul John ?? SUBKHIDDIN Ketika latihan juga pegawai kami boleh datang untuk lakukan ujian doping”
Windsor Paul John SUBKHIDDIN Ketika latihan juga pegawai kami boleh datang untuk lakukan ujian doping”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia