Harian Metro

AFC terjah venue latihan laksana ujian doping

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my Aziman Rosdi sukanteam@nstp.com.my

Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) tetap mengenakan hukuman pemotongan mata ke atas 10 pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagaimanap­un menjelaska­n badan pengelola Liga M itu menangguhk­an hukuman terbabit sehingga tempoh pendaftara­n pemain baru musim depan iaitu pada penghujung tahun ini.

Malah, Tunku Ismail menjelaska­n pasukan berkenaan turut diberi tempoh 14 hari bermula hari ini untuk mengemukak­an rayuan bagi mengurangk­an hukuman itu.

“Kita tidak terus memotong Kuala Lumpur: Jangan terkejut andai ada pemain diarah mengambil ujian doping walaupun ketika menjalani latihan. Ini kerana Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) kini bertindak lebih agresif untuk membantera­s penggunaan bahan terlarang apabila turut mengadakan ujian doping bukan hanya di dalam kejohanan.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John, pihak AFC boleh melakukan ujian doping ke atas mana-mana pemain dan pada bila-bila masa apabila seseorang pemain didaftarka­n menyertai kejohanan kelolaan badan induk itu.

“Ujian doping boleh dilakukan bukan hanya dalam pertanding­an, tapi pada bila-bila masa. Ketika latihan juga pegawai kami boleh datang untuk lakukan ujian doping.

“Sebagai contoh, ada pemain sudah didaftarka­n untuk Kejohanan Bawah 16 tahun AFC tahun ini, kita boleh lakukan ujian doping bila dia datang kem latihan kerana WADA (Agensi Anti Doping Dunia) sudah beri kita kebenaran ambil ujian di luar pertanding­an,” katanya. ‘feeder’ yang diguna pakai membabitka­n pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Terengganu FC (TFC) dengan Terengganu FC II (TFC II) ditukar kepada pasukan simpanan (reserve team).

“Buat masa ini hanya dua pasukan sahaja yang mempraktik­kan konsep pasukan simpanan iaitu JDT dan Terengganu FC.

“Dalam mesyuarat itu juga dipersetuj­ui berkenaan syarat-syarat berhubung penajaan yang bakal dibawa masuk tidak lama lagi dan ia terarah kepada penambahba­ikan semua fasiliti terutama program akar umbi,” kata

Tunku Ismail.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia