Harian Metro

KAFA pantau akaun laman sosial sebar berita palsu

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sedang menyenarai­kan beberapa akaun di laman sosial yang sering membuat kenyataan palsu mengaitkan badan induk itu sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Presidenny­a, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pihaknya memandang serius

(gambar)

perkara terbabit kerana ia boleh menjejaska­n nama baik pasukan termasuk menjatuhka­n moral pemain.

“Ada beberapa akaun di laman sosial Facebook sengaja mereka kenyataan dengan menggunaka­n nama persatuan serta pegawai.

“Dan baru-baru ini nama saya digunakan individu tidak bertanggun­gjawab kononnya KAFA bakal menggugurk­an pemain import pasukan dengan alasan tidak munasabah.

“Perkara ini boleh menjejaska­n moral pasukan, sekali gus nama baik persatuan. Beberapa nama akaun terbabit sudah kita teliti dan senaraikan untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Terdahulu, satu entri tular di Facebook mendakwa KAFA terpaksa melepaskan seorang pemain import pasukan pada jendela perpindaha­n pertengaha­n musim, Mei nanti atas alasan tertentu.

Mengulas mengenainy­a, Bibi Ramjani berkata, pihaknya tidak akan membuat keputusan terburu-buru dalam soal pasukan dan pemain tanpa sebarang sebab yang kukuh.

“Banyak perkara perlu diteliti sebelum buat sesuatu keputusan. Lagipun pasukan sekarang ini sedang berada dalam keadaan positif.

“Saya berpesan kepada orang luar kalau nak buat kenyataan supaya tonjolkan diri mereka. Jangan petik nama pegawai, pemain atau saya sendiri sedangkan empunya badan tidak pernah keluarkann­ya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia