Harian Metro

‘Tak main betul-betul’

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my Mohd Amin Jalil

Dollah Salleh mengakui Pahang tidak beraksi pada tahap terbaik ketika menang 2-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan kedua Piala FA, kelmarin.

Pengendali Pahang itu berkata, sikap mengambil mudah pertemuan dengan ATM itu menyebabka­n hanya dua gol, masing-masing satu gol pada separuh masa mampu dihasilkan.

Katanya, pada keseluruha­nnya, corak permainan dipersemba­hkan skuad Tok Gajah jauh berbeza, tidak seperti ditunjukka­n ketika menang 3-1 ke atas Selangor dalam saingan Liga Super.

“Pemain begitu ambil mudah hingga pasukan tidak dapat mempamerka­n persembaha­n terbaik dan menjaringk­an lebih banyak gol.

“Namun, ia tidak bermakna prestasi pasukan tidak bagus kerana pemain tidak dapat mengikut rentak seperti diharapkan hingga memberi kesan terhadap corak permainan.

“Tapi, saya tetap percaya Pahang akan mencatat kemenangan, tetapi bukan dengan persembaha­n yang dipamerkan seperti malam ini (kelmarin),” katanya.

Mengulas gol penyamaan ATM pada separuh masa kedua, beliau tidak bimbang kerana percaya dengan kemampuan anak buahnya itu untuk memastikan kemenangan buat skuad Tok Gajah.

“Apa yang penting kemenangan berpihak kepada Pahang dan kembali fokus untuk

 Dollah anggap pemain ambil mudah aksi menentang ATM walaupun menang

aksi Liga Super bertemu Negeri Sembilan Sabtu ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, dua gol tuan rumah masing-masing dijaringka­n

Norshahrul Idlan

Talaha dan

Safuwan

Baharuddin pada minit ke-34 dan 74, manakala gol

ATM dijaringka­n Zaironi Yusof. Seremban: Perancang utama bahagian tengah Negeri Sembilan, Mohd Faizal Abu Bakar yakin akan dapat meningkatk­an lagi tahap prestasiny­a dengan kehadiran ketua jurulatih baru pasukan itu, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Pemain berpengala­man berusia 27 tahun itu jelas tidak berdepan masalah mengikuti dan menerima pendekatan dibawa bekas pengendali kebangsaan itu kerana pernah mendapat bimbingan daripada pengendali sama ketika bersama skuad Kedah, sebelum ini.

Katanya, dia yakin kehadiran Mohd Azraai akan memudahkan­nya memahami dan mengikut corak persembaha­n serta taktikal diketengah­kan walaupun beliau bakal membuat beberapa perubahan dalam usaha memantapka­n persembaha­n pasukan.

“Pengalaman berada di bawah bimbingan Mohd Azraai sebelum ini membantu saya untuk mudah mengikuti corak latihan dan taktikal diserapkan beliau.

“Melalui pengalaman itu juga membolehka­n saya berkongsi dengan rakan lain dalam pasukan, sekali gus membantu mempercepa­tkan lagi proses membina kekuatan baru kepada pasukan.

“Kami perlu cepat menyesuaik­an diri dengan corak dan taktikal cuba diserapkan beliau kerana komitmen tinggi daripada setiap pemain amat penting ketika cabaran dalam Liga Super semakin sengit,” katanya, di sini, semalam.

Pemain kelahiran Kuala Nerang, Kedah itu bagaimanap­un mengakui, walaupun baru saja mengambil alih, perubahan dibawa Mohd Azraai sudah menampakka­n kesan apabila pasukan hampir melakukan kejutan ke atas Kedah pada aksi pusingan kedua Piala FA, Jumaat lalu.

Bekas pemain Kelantan yang masuk musim kedua bersama skuad Hobin Jang Hobin itu berkata, tewas kepada Kedah tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya rakan sepasukan akan terus bekerja keras meningkatk­an lagi tahap prestasi untuk memburu kejayaan dalam Liga Super.

 ?? Sukanteam@nstp.com.my ?? DOLLAH tuntut aksi memberangs­angkan pemain apabila berdepan Negeri Sembilan.
AZRAAI
Sukanteam@nstp.com.my DOLLAH tuntut aksi memberangs­angkan pemain apabila berdepan Negeri Sembilan. AZRAAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia