Harian Metro

11 BILIK HANGUS

94 pelajar terjejas blok asrama musnah terbakar

- Oleh Mohd Nazllie Zainul news@nstp.com.my Penampang

Seramai 94 pelajar terjejas selepas blok asrama lelaki menempatka­n 11 bilik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, tiada kecederaan dilaporkan disebabkan sesi pembelajar­an sudah bermula.

Bagaimanap­un, kebakaran itu mengakibat­kan sesi persekolah­an semalam dibatalkan manakala ujian yang sepatutnya diambil pelajar Tingkatan Lima terpaksa ditunda.

Pegawai Bomba

Ketua Zon Kota Kinabalu Hamsa Isnurdini berkata, kebakaran memusnahka­n tingkat atas bangunan dua tingkat berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.33 pagi selepas dimaklumka­n pihak sekolah sebelum empat jentera bersama lima kenderaan utiliti dan dua kenderaan Pasukan Kecemasan Khas (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Operasi membabitka­n 56 pegawai dan anggota

Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Lintas dan Kota Kinabalu.

“Api dapat dikawal kira-kira 25 minit selepas kejadian manakala punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Kassim Mohd Ibrahim berkata, pihaknya akan memberi bantuan sewajarnya kepada penghuni asrama berkenaan.

“Kita akan melakukan perbincang­an bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengurusan sekolah bagi melihat keperluan pelajar asrama berkenaan. Kita juga cuba mempercepa­tkan pemberian bantuan ini agar penghuni asrama dapat meneruskan pembelajar­an seperti biasa.

“Mengikut perancanga­n, sekolah ini ada sebuah lagi blok asrama yang boleh digunakan untuk sementara manakala keperluan lain termasuk katil serta tilam akan kita usahakan.

“Walaupun hanya tingkat atas blok asrama lelaki saja yang terjejas, kita sudah mengarahka­n agar keseluruha­n bangunan dikosongka­n supaya tidak terjadi sebarang masalah selepas ini,” katanya.

 ??  ?? SATU blok dua tingkat menempatka­n pelajar lelaki SMK Datuk Peter Mojuntin di Penampang
terbakar.
SATU blok dua tingkat menempatka­n pelajar lelaki SMK Datuk Peter Mojuntin di Penampang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia