Harian Metro

Tiga terbantut pulang ke kampung

-

Cubaan tiga lelaki warga Indonesia untuk pulang ke kampung halaman menggunaka­n ‘lorong tikus’ di kebun getah Kampung Biawak, di sini, berjaya dipatahkan anggota tentera, pagi kelmarin.

Tiga lelaki berusia 40-an itu dilihat menuju ke sempadan negara dan Kalimantan Barat, Indonesia jam 10 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) yang melakukan rondaan.

Pegawai Memerintah 11RAMD Leftenan Kolonel Salmi Istikh Ahmad berkata, lelaki warga Indonesia itu dilihat berjalan ke arah sempadan negara bersama beg masing-masing di kebun getah berkenaan.

Menurutnya, pasukannya kemudian mengatur gerak memantau pergerakan suspek sebelum melakukan serbuan.

“Suspek tidak sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan rondaan dan pemeriksaa­n lanjut kemudian dijalankan.

“Hasil semakan mendapati semua lelaki yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dipercayai masuk secara haram ke Sarawak sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Salmi berkata, mereka menggunaka­n laluan kebun getah untuk kembali ke negara asal yang terletak hanya 600 meter dari lokasi ditahan.

Katanya, siasatan awal mendapati semua suspek mahu pulang ke kampung halaman di Probolingg­o, Kalimantan Barat, selepas selesai bekerja di sebuah kilang ayam di Batu

Kawah dekat Kuching.

“Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Rondaan di sempadan negara terus menjadi keutamaan dan dipertingk­atkan ATM bagi mengelak sebarang aktiviti dan penceroboh­an berlaku.

 ??  ?? TIGA lelaki warga Indonesia ditahan anggota tentera yang membuat rondaan di kebuh getah Kampung Biawak.
TIGA lelaki warga Indonesia ditahan anggota tentera yang membuat rondaan di kebuh getah Kampung Biawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia