Harian Metro

Lelaki ditikam tolong tuntut hutang

-

Labuan: Seorang lelaki parah selepas ditetak dan ditikam dengan parang ketika cuba menagih hutang rakannya daripada kenalan dalam kejadian di atas Jambatan Kampung Muslim, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun dan bekerja sebagai peniaga dikejarkan ke Hospital Nukleus Labuan oleh rakannya.

Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu menghubung­i polis sebelum sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan bergegas ke lokasi.

Menurut sumber, sebaik polis tiba di lokasi, mangsa yang cedera di kepala dipercayai dipukul dengan benda tumpul sudah dibawa ke hospital oleh rakannya.

“Selain itu, belakang badan mangsa terdapat kesan tikaman disyaki menggunaka­n benda tajam,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, pada jam 11.40 pagi hari yang sama, suspek berusia 59 tahun hadir ke IPD Labuan untuk menyerah diri.

“Berdasarka­n siasatan, punca pergaduhan bermula apabila mangsa dikatakan pergi ke rumah suspek untuk menagih tunggakan hutang pembelian enjin generator yang dibeli suspek pada 2015 daripada rakan mangsa.

“Mangsa masih dirawat di hospital dan jumlah hutang belum dipastikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Labuan Superinten­dan Muhammad Farid Ahmad ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n lokasi mangsa ditikam suspek.
PENDUDUK menunjukka­n lokasi mangsa ditikam suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia