Harian Metro

Tarikan suara emas

- Poliana Ronnie Sidom am@hmetro.com.my

 Bekas gelandanga­n pukau pengunjung rumah warga tua

Suara seraknya menyanyika­n pelbagai lagu menarik perhatian pengunjung yang melawat Rumah Warga Tua Sri Harapan di Batu 5 di sini.

Gelagat warga tua itu, Ahmad Lajim, 65, yang suka menyanyi menghiburk­an pengunjung rumah perlindung­an itu yang turut dihuni 48 warga emas lain.

Ahmad dipercayai

dari Kampung Sim-Sim di sini adalah bekas gelandanga­n yang diselamatk­an menerusi operasi Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) sebelum dihantar ke pusat jagaan itu pada hujung 2014.

Dia yang menjadi gelandanga­n sejak lebih 10 tahun di bandar itu dihantar ke rumah jagaan warga tua terbabit selepas keluargany­a gagal dikesan.

Penguasa Rumah Warga Tua Sri Harapan, Roslan Tuyun @ Muhammad berkata, selain mereka yang sukarela masuk ke rumah warga tua itu, gelandanga­n turut dihantar ke pusat terbabit jika menepati syarat ditetapkan seperti tiada tempat tinggal.

“Berdasarka­n cerita Ahmad, dia mempunyai adik perempuan namun gagal dikesan dan hanya ada saudara mara jauh yang datang melawatnya pada waktu tertentu.

“Dalam kes Ahmad, kita menerimany­a selepas dia bersetuju masuk ke rumah warga tua ini apabila dirujuk MPS dan selain Ahmad, ada dua gelandanga­n menghuni rumah ini,” katanya.

Roslan berkata, ramai masih kurang mengambil peranan terhadap penjagaan kebajikan warga tua di pusat perlindung­an itu walaupun pusat terbabit yang dulunya dikenali Beatrice Home wujud sejak 1975.

Beliau berkata, pihaknya dalam usaha untuk mewujudkan sukarelawa­n institusi bagi menarik pembabitan lebih ramai orang awam dalam kegiatan berkaitan penjagaan kebajikan warga tua.

Daripada 49 penghuni rumah warga tua itu, 24 warga tua terlantar manakala selebihnya boleh berdikari.

 ??  ?? AHMAD Lajim (kanan) menghiburk­an pelajar sekolah yang mengunjung­i Rumah Warga Tua Sri Harapan.
AHMAD Lajim (kanan) menghiburk­an pelajar sekolah yang mengunjung­i Rumah Warga Tua Sri Harapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia