Harian Metro

PETROS tambah hasil kekayaan negeri

-

Kuching: Syarikat Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) berpotensi menyediaka­n ‘kantung’ lebih besar kepada Sarawak, malah kesan penubuhan syarikat milik penuh kerajaan negeri itu bakal menyumbang hasil negeri lebih daripada tuntutan 20 peratus royalti minyaknya daripada Kerajaan Pusat.

Penganalis­is politik Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, pengumuman demi pengumuman projek berskala mega berkait rapat dengan pembanguna­n sosio ekonomi Sarawak bukan sekadar retorik kosong Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, kerana mampu disokong hasil operasi PETROS.

“Penubuhan PETROS cukup signifikan kerana syarikat itu diberi peranan besar dalam aktiviti cari gali minyak dan gas di negeri ini, sekali gus memberi impak ekonomi kepada rakyat Sarawak sendiri, lagi pula, syarikat cari gali luar perlu mendapatka­n permit pengeluara­n hasil minyak daripada kerajaan negeri.

“Justeru, Sarawak mempunyai kelebihan besar dalam menguruska­n sumber minyak dan gasnya, namun ini tidak bermakna kerajaan negeri perlu menggugurk­an tuntutan royalti minyak 20 peratus itu kerana PETROS ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Abang Johari akan melakukan pengumuman besar berkaitan PETROS, hari ini.

Abang Johari sebelum ini mengumumka­n peruntukan RM2 bilion khusus bagi tempoh lima tahun untuk membangunk­an prasarana telekomuni­kasi, selain memerlukan antara RM6 hingga RM8 bilion bagi mewujudkan talian grid air berpusat untuk sektor pertanian.

Selain itu, beliau berhasrat membangunk­an jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) menghubung­kan Kuching ke Serian, penggunaan bas berkuasa elektrik dan hidrogen, selain pembinaan Terminal Penerbanga­n Tambang Murah (LCCT) di Kuching dengan kerjasama AirAsia.

Jeniri ketika mengulas lanjut berkata, kerajaan negeri sebenarnya tidak mampu kekal bergantung kepada simpanan kewangan sedia ada untuk membiayai rancangan pembanguna­nnya.

“Abang Johari berpandang­an jauh untuk membangunk­an negeri ini dan beliau perlu mencari sumber kewangan kukuh bagi merangsang perubahan sosio ekonomi,” katanya.

Katanya, penubuhan PETROS juga direalisas­ikan selaras kehendak rakyat di akar umbi mahu kerajaan negeri memainkan peranan lebih besar mengawal sumber minyak dan gasnya.

“Fungsi utama PETROS meningkatk­an pendapatan Sarawak. Kekuatan kewangan besar pastinya menguntung­kan 2.7 juta rakyat negeri ini,” katanya.

 ?? Jeniri ?? Penubuhan PETROS cukup signifikan kerana syarikat itu diberi peranan besar dalam aktiviti cari gali minyak dan gas di negeri ini”
Jeniri Penubuhan PETROS cukup signifikan kerana syarikat itu diberi peranan besar dalam aktiviti cari gali minyak dan gas di negeri ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia