Harian Metro

RAMPAS DADAH RM22 JUTA

 Polis rampas syabu dianggar bernilai RM14j

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

MELAKA: 201.3KG KAJANG: 130KG BUTTERWORT­H: 540KG

Syabu bernilai RM14.1 juta seberat 201.3 kilogram (kg) dirampas polis selepas menumpaska­n satu sindiket yang dipercayai pengedar dadah terbesar di negeri ini di sebuah rumah di Ayer Keroh, Sabtu lalu.

Dalam serbuan di kawasan perumahan elit oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman turut menahan tiga lelaki.

Semua dadah berkenaan ditemui dibungkus menggunaka­n pembalut teh Cina.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, siasatan awal mendapati sindiket yang didalangi warga tempatan berusia 32 hingga 47 tahun itu memasarkan bahan terlarang berkenaan untuk pasaran tempatan dan negara jiran.

Menurutnya, siasatan juga mendapati sindiket terbabit sudah lama bergiat aktif tetapi lokasi serbuan itu dipercayai dijadikan stor simpanan sejak dua bulan lalu.

“Semua dadah ini dirampas di lokasi pertama bersama dua suspek sebelum polis menahan seorang lagi lelaki di kawasan berhampira­n.

“Pemeriksaa­n di lokasi serbuan menemui lebih 190 peket dadah disyaki syabu yang dibungkus menggunaka­n pembalut teh Cina dengan berat setiap satunya melebihi satu kilogram.

“Polis turut merampas tiga kenderaan iaitu Toyota Hilux, Toyota Vios dan Proton Waja yang semuanya dianggarka­n bernilai RM150,000 serta wang tunai sebanyak RM450,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, semalam.

Mohmad berkata, bekalan dadah yang dirampas itu dianggarka­n boleh digunakan oleh sejuta penagih.

“Pemeriksaa­n juga mendapati dua suspek yang ditahan di lokasi pertama positif dadah dipercayai methamphet­amine dan ketiga-tiga mereka yang tiada rekod jenayah lalu direman sehingga Sabtu ini,” katanya.

Pada 17 Februari lalu, JSJN Melaka juga menumpaska­n satu sindiket pengedaran dadah apabila bahan terlarang yang juga dibungkus menggunaka­n pembalut teh Cina bernilai RM3.7 juta dirampas di sebuah rumah di Malim.

Selain dadah disorokkan dalam tong ais itu, polis turut menahan lapan suspek warga tempatan termasuk tiga wanita berusia antara 20 hingga 31 tahun dalam dua serbuan di dua rumah antara jam 2.30 pagi hingga 6.30 petang, hasil maklumat dan risikan.

 ??  ??
 ??  ?? MOHMAD Salleh (tengah) dan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan (dua dari kiri) menunjukka­n bungkusan teh dari China yang mengandung­i dadah.
MOHMAD Salleh (tengah) dan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan (dua dari kiri) menunjukka­n bungkusan teh dari China yang mengandung­i dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia