Harian Metro

GANTI RUGI RM400,000

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

 Usahawan, anak diarah bayar RM400,000

Mahkamah Tinggi di sini memerintah­kan seorang ahli perniagaan dan anaknya membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 terhadap pelakon Maria Farida kerana didakwa memfitnah wanita itu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira kegagalan kedua-dua defendan iaitu Hadijah Mohamed Mokhtar dan Nur Shazaleen Anid Mohd Yusoff untuk hadir ke mahkamah bagi perbicaraa­n kes itu.

Mahkamah memerintah­kan Hadijah membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 manakala anaknya Nur Shazaleen diperintah­kan membayar RM100,000.

Mahkamah juga dalam keputusann­ya memerintah­kan kedua-dua defendan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Maria.

Peguam Tengku Haris Tengku Rostam hadir bagi mewakili Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Faridah Atienza, 48.

Terdahulu Wan Ahmad Farid berkata, dalam mencapai keputusan yang adil untuk taksiran ganti rugi, beliau mengambil kira kegagalan pihak defendan untuk hadir perbicaraa­n dan membuktika­n tuntutan balas mereka.

“Defendan pertama sedar ada penghakima­n ingkar terhadap dirinya yang berpunca daripada tindakanny­a sendiri yang gagal hadir ke mahkamah. Sebaliknya defendan menyalahka­n bekas peguamnya dan melantik peguam baru.

“Mahkamah mengambil kira kesan fitnah itu terhadap Maria dan tindakan kedua-dua defendan yang memuat naik fitnah itu di Instagram. Defendan pertama mempunyai 17,300 pengikut dan 13,100 pengikut bagi defendan kedua,” katanya.

Beliau berkata, defendan sepatutnya datang ke mahkamah dan membuktika­n kes, tetapi sebaliknya menggunaka­n Instagram miliknya untuk melepaskan kemarahan.

Kedua-dua defendan sepatutnya diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim yang kemudianny­a menarik diri.

Mahkamah Tinggi sebelum ini mengeluark­an penghakima­n penuh pada 7 November tahun lalu berikutan kegagalan kedua-dua defendan mematuhi arahan mahkamah dan gagal hadir perbicaraa­n.

Mahkamah juga dalam keputusann­ya membatalka­n tuntutan balas defendan yang dikemukaka­n oleh Hadijah terhadap Maria.

 ??  ??
 ??  ?? MARIA Farida
MARIA Farida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia