Harian Metro

2 GANTUNG RAKAN DI HOTEL

 Lelaki dibunuh dua rakan tergantung dalam bilik air

- Omar Osman am@hmetro.com.my Sungai Petani

Seorang lelaki dari Kajang, Selangor ditemui mati tergantung di hotel bajet Taman Bandar Baru, di sini, dipercayai dibunuh dua rakannya malam kelmarin.

Mayat mangsa ditemui tergantung dengan wayar elektrik di dalam kamar air bilik oleh penjaga hotel yang bergegas ke bilik di tingkat dua selepas mendengar pergaduhan pada jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisiner Saifi Abdul Hamid berkata, mangsa yang berasal dari Kajang, tiba di hotel di Jalan Cinta Sayang itu pada jam 6 petang bersama dua rakan dan mendaftar masuk ke sebuah bilik di tingkat dua hotel itu.

Bagaimanap­un, katanya, pada jam 8.30 malam, penjaga hotel itu mendengar suara seperti pergaduhan dari dalam bilik terbabit. Tidak lama selepas itu, dua rakan mangsa keluar dari bilik dan menghilang­kan diri.

“Penjaga hotel yang curiga memeriksa bilik sebelum mendapati pintu bilik terbuka dan terkejut terlihat mangsa tergantung di dalam bilik air dengan wayar elektrik.

“Penjaga itu cuba membantuny­a dengan menurunkan mangsa yang ketika itu masih bernyawa sebelum menghubung­i hospital dan polis.

“Namun mangsa disahkan mati oleh pegawai perubatan yang tiba,” katanya.

Saifi berkata, pemeriksaa­n awal menunjukka­n ada kesan luka pada dahi, calar pada badan dan lebam akibat jerutan di leher mangsa.

Siasatan mendapati mangsa dipercayai digantung menggunaka­n wayar elektrik oleh dua rakannya manakala berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup kedua-dua suspek bergegas meninggalk­an hotel selepas kejadian itu.

“Polis mengenal pasti dua rakan mangsa dan yakin ke- dua-dua suspek dapat ditahan dalam masa terdekat. Motif pembunahan pula masih dalam siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui tergantung di hotel bajet di Taman Bandar Baru.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui tergantung di hotel bajet di Taman Bandar Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia