Harian Metro

KEMARUK AYAM VIAGRA

- Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Sharif news@nstp.com.my

Demi merebut hadiah lumayan RM22,000, kaki judi sanggup memaksa ayam sabung mereka memakan pil Viagra untuk memastikan haiwan itu kekal bertenaga mengharung­i 22 perlawanan sekali gus berpeluang cerah muncul pemenang.

Selain bertarung sehingga cedera, kaki judi juga tanpa belas kasihan memaksa ayam mereka bertarung sehingga mati, semata-mata tamakkan wang pertaruhan.

Itu antara pendedahan dikongsi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid susulan serbuan acara judi sabung ayam terbesar di wilayah utara di Kuala Ketil, Baling, bulan lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut di lokasi serbuan pada 16 Februari lalu, polis mendapati kaki judi menggunaka­n Viagra ke atas ayam sabung mereka berdasarka­n penemuan pil berkenaan di lokasi serbuan di sebuah ladang sawit di Tanah Licin, Kuala Ketil.

“Alasannya supaya ayam itu lebih bertenaga dan tahan lama untuk mengharung­i 22 perlawanan diadakan pada malam itu.

“Kaki judi sanggup membuat apa saja bagi memastikan ayam sabung mereka menang pertarunga­n itu.

“Hasil siasatan, kami percaya pil Viagra itu dibawa masuk dari Thailand dan dijual di lokasi itu sebelum perlawanan,” katanya dalam temu bual khas di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini.

Menurut Mior Farid, siasatan mendapati sindiket judi sabung ayam itu didalangi lelaki tempatan berketurun­an Siam yang membina gelanggang sabung tidak ubah seperti yang ada di Thailand.

“Lengkap dengan khemah, tempat duduk, gelanggang pertaruhan, bilik rawatan ayam dan peniaga yang menjual makanan kepada kaki judi dan penonton.

“Dalang perjudian memilih lokasi terpencil dalam ladang sawit itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, dalang sindiket mengutip wang pertaruhan antara RM200 dan RM5,000 manakala hadiah utama kemenangan pula RM22,000 berserta piala.

“Kami percaya sindiket itu menggunaka­n aplikasi WhatsApps untuk menarik kaki judi datang ke situ selain daripada hebahan sesama rakan mereka.

“Malah penonton yang ingin melihat lebih dekat turut dikenakan bayaran tempat duduk oleh penganjur bermula RM5 hingga RM15 ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatk­an kaki judi

 Kaki judi paksa ayam telan pil sebelum bertarung rebut hadiah RM22,000 Kaki judi sanggup buat apa saja bagi memastikan ayam sabung menang pertarunga­n”

Mior Farid Al Athrash Wahid

supaya tidak melarikan diri ketika serbuan sehingga membahayak­an nyawa mereka sendiri.

“Janganlah membahayak­an diri anda dengan melarikan diri ketika serbuan sehingga boleh mengancam nyawa,” katanya.

Dalam serbuan 16 Februari lalu, 76 kaki judi ditahan ketika leka bersabung ayam manakala lima lelaki lemas selepas terjun ke dalam Sungai Muda sewaktu melarikan diri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AYAM yang mati akibat bertarung ketika serbuan ke lokasi perjudian di Tanah Licin, Kuala Ketil. KAKI judi sabung ayam yang ditahan polis.
AYAM yang mati akibat bertarung ketika serbuan ke lokasi perjudian di Tanah Licin, Kuala Ketil. KAKI judi sabung ayam yang ditahan polis.
 ??  ?? TAJI yang dipasang pada kaki ayam s abu n g.
TAJI yang dipasang pada kaki ayam s abu n g.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia