Harian Metro

TANGISAN PENGANTIN BARU

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor, Mohd Hasbi Sidek dan Faris Fuad am@hmetro.com.my

“Kami baru bernikah malam tadi (kelmarin), Tidak sangka pagi ini kami ditimpa malapetaka sehingga suami cedera parah dan koma,” kata Mira Ezva Abd Rasid, 25, isteri kepada Norazrul Ahmad, 37, yang koma apabila motosikal dinaiki mereka merempuh pokok sebesar lebih tiga pemeluk tumbang di Jalan Ampang berhampira­n Menara Berkembar Petronas KLCC, semalam, lapor Hafidzul Hilmi Mohd Noor, Mohd Hasbi Sidek dan Faris Fuad

 Pengantin baru tunggang motosikal koma tak sempat brek langgar pokok tumbang Kami baru bernikah malam tadi (kelmarin), Tidak sangka pagi ini kami ditimpa malapetaka sehingga suami cedera parah dan koma”

Mira

Tidak sampai sehari selepas diijab kabul, seorang pengawal keselamata­n kini koma selepas cedera parah apabila motosikal dinaiki bersama isteri merempuh sebatang pokok sebesar lebih tiga pemeluk yang tumbang melintang jalan di Jalan Ampang berhampira­n Menara Berkembar Petronas KLCC di sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu Norazrul Ahmad, 37, dan isterinya Mira Ezva Abd Rasid, 25, yang juga pengawal keselamata­n dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang.

“Kami baru bernikah malam tadi (kelmarin), tidak sangka pagi ini kami ditimpa malapetaka sehingga suami cedera parah dan koma,” katanya ketika ditemui di tempat suaminya dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Mira Ezva berkata, dia dan suami baru pertama kali melalui jalan berkenaan disebabkan baru ditukarkan di pusat beli-belah berkenaan, manakala suami pula menghantar­nya.

“Kejadian berlaku begitu pantas, pokok di hadapan kami tumbang secara tiba-tiba menyebabka­n suami tidak sempat membrek. Motosikal yang kami tunggang terus merempuh batang pokok sebesar lebih tiga pemeluk itu.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Namun, saya risau dengan keadaan suami yang masih belum sedarkan diri akibat kecederaan di kepala,” katanya.

Dia menganggap tragedi yang berlaku itu adalah dugaan besar buat dirinya dan suami yang baru saja diijab kabul di sebuah masjid di Cheras, malam kelmarin.

“Saya berharap suami segera pulih seperti sedia kala,” katanya.

Mira Ezva berkata, dia kini menunggu keadaan suaminya stabil sebelum merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berwajib.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. Ini membabitka­n nyawa. Saya dan suami bernasib baik tidak mati dihempap pokok berkenaan,” katanya sugul.

Kemalangan itu menyebabka­n jalan di lokasi kejadian ditutup menyebabka­n kesesakan jalan raya yang teruk.

Kerja pembersiha­n dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa mengambil masa beberapa jam untuk mengalihka­n pokok berkenaan sebelum laluan dibuka semua kepada kenderaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata, berdasarka­n laporan awal, punca pokok itu tumbang disebabkan pangkalnya yang mereput, namun perkara itu diserahkan kepada DBKL untuk siasatan lanjut.

Katanya, selain pasangan suami isteri yang cedera, turut terbabit dalam kejadian itu ialah seorang lelaki berusia 64 tahun yang memandu kereta, tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan jam 7.30 pagi sebelum 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak serta Titiwangsa bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi ke-

jadian, anggota bomba mendapati pasangan suami isteri yang menaiki sebuah motosikal cedera dipercayai akibat merempuh pokok berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh Ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Tugas mengalihka­n pokok dilakukan kakitangan DBKL dengan bantuan APM,” katanya.

 ??  ?? Tragedipok­ok tumbangdiJ­alan
Ampang
Tragedipok­ok tumbangdiJ­alan Ampang
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang melanggar pokok tumbang.
KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang melanggar pokok tumbang.
 ??  ?? KONTRAKTOR membersihk­an kawasan pokok tumbang.
KONTRAKTOR membersihk­an kawasan pokok tumbang.
 ??  ?? POKOK tumbang dipotong sebelum dialihkan.
POKOK tumbang dipotong sebelum dialihkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia