Harian Metro

Ulangan aksi final

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Helang Merah lawan Tok Gajah pada pusingan ketiga Piala FA

Bahang saingan Piala FA semakin ‘panas’ apabila juara bertahan, Kedah diundi bertemu salah satu pasukan pilihan, Pahang pada pusingan ketiga.

Pertemuan kedua-dua pasukan pencabar kejuaraan itu juga ibarat ulangan aksi final tahun lalu yang menyaksika­n Kedah menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam.

Penolong pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, skuad Tok Gajah kendalian Dollah Salleh tidak menyimpan sebarang perasaan dendam ke atas Kedah, namun mereka tidak rela dikecewaka­n sekali lagi kali ini.

“Bagi saya tak ada masalah, semua pasukan bersedia, pada final tahun lalu Pahang kalah, sekarang dapat jumpa awal, jadi kedua-dua pasukan tahu kemampuan masing-masing, kedua-dua pasukan nak menang, jadi ia perlawanan yang menarik.

“Dalam sukan tidak ada dendam, tapi semangat untuk menang memang kita akan terapkan kepada pemain,” katanya selepas selesai majlis undian semalam.

Kedah, juara empat kali Piala FA dan kini dikendalik­an oleh Ramon Marcote melepasi pusingan kedua selepas berhempas pulas mengalahka­n Negeri Sembilan 1-0, manakala Pahang yang juga juara dua kali turut bergelut sebelum menewaskan ATM 2-1.

Sementara itu, juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) pula dilihat tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan seterusnya apabila bertandang ke Shah Alam bertemu UiTM FC, namun nasib berbeza menimpa juara lima kali kejohanan, Selangor.

Skuad Red Giants bakal mengharung­i laluan sukar pada pusingan ketiga apabila diundi menentang pasukan Liga Super yang berada di prestasi terbaik Terengganu di Kuala Terengganu, manakala PKNS FC pula bertemu Kelantan.

Dua lagi pasukan Liga Super yang membuat perhitunga­n adalah Melaka United dengan Kuala Lumpur, manakala Perak dan PKNP FC berpeluang cerah untuk mara apabila diundi menentang wakil Liga Perdana, Pulau Pinang dan Kuantan FA.

Pendahulu Liga Perdana, FELDA United yang masih belum tewas musim ini akan melayan kunjungan UKM FC di Jengka, Pahang.

Perlawanan pusingan ketiga trofi berprestij ini bakal berlangsun­g pada 16, 17 dan 18 Mac ini.

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam (kiri) bersama Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho membuat cabutan undian Piala FA 2018, semalam.
KETUA Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam (kiri) bersama Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho membuat cabutan undian Piala FA 2018, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia