Harian Metro

Tiada ihsan di hati ibu

- Izlaily Nurul Ain Hussein news@nstp.com.my

 Kontraktor PROPEL terkejut jumpa bayi lelaki tak cukup bulan ketika jalankan operasi pembersiha­n

Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui tersangkut di loji rawatan kumbahan dekat Hentian Sebelah Kulai arah selatan di Lebuhraya Utara-Selatan di sini, semalam.

Mayat bayi lelaki dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan ketika kandungan ibunya berusia enam bulan itu ditemui kontraktor pembersiha­n Projek Penyelengg­araan Lebuhraya Berhad (PROPEL) yang ke loji berkenaan untuk menjalanka­n kerja pembersiha­n.

Menurut petugas pembersiha­n di hentian rehat itu yang enggan dikenali, dia tiba di lokasi berkenaan untuk memulakan tugas kira-kira jam 6.30 pagi, namun tiada perkara mencurigak­an.

“Saya hanya dimaklumka­n oleh kontraktor yang datang ke loji untuk membuat kerja pembersiha­n mengenai penemuan bayi itu.

“Pada mulanya saya fikir bayi hidup, tetapi saya terkejut melihat mayat bayi itu yang sudah tersangkut dalam loji,” katanya ketika ditemui di hentian rehat berkenaan.

Dia yang bertugas hampir 11 tahun di hentian rehat itu berkata, ini kejadian pertama yang dilaporkan berlaku di lokasi itu.

Katanya, tandas wanita hentian rehat itu juga berada dalam keadaan baik sejak pagi tadi dan tiada perkara pelik berlaku di tandas berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, polis menerima panggilan daripada kontraktor PROPEL berhubung penemuan mayat bayi itu jam 11.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mayat bayi lelaki itu cukup sifat dan dilahirkan tidak cukup bulan ketika kandungan ibunya berusia enam bulan.

“Mayat bayi berkenaan sudah dihantar ke Hospital Temengggon­g Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMI) di sini, untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembuny­ikan kelahiran.

 ??  ?? MAYAT bayi lelaki ditemui di loji rawatan kumbahan di Hentian Sebelah Kulai arah selatan di Kulai.
MAYAT bayi lelaki ditemui di loji rawatan kumbahan di Hentian Sebelah Kulai arah selatan di Kulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia