Harian Metro

‘Pak cik tak raba’

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

“Saya nampak sendiri pak cik itu hanya ingin menarik jubahnya dan langsung tidak berniat untuk melakukan perbuatan tidak senonoh seperti yang tular di laman sosial,” kata seorang pengguna transit aliran ringan (LRT) Karl Jeffrey Ramesh, 24.

Dia tampil menerangka­n kedudukan sebenar memandangk­an lelaki warga emas menjadi mangsa fitnah menerusi laman sosial apabila dituduh meraba seorang wanita di dalam LRT.

Beberapa hari lalu, tular video di laman sosial berhubung lelaki terbabit yang didakwa meraba paha seorang penumpang wanita di dalam LRT sehingga mencetuska­n kemarahan netizen.

Gelagat lelaki itu yang kononnya meraba paha wanita yang duduk di sebelahnya dan tidur dirakamkan penumpang lain yang duduk bertentang­an.

Karl Jeffrey berkata, dia berasa bertanggun­gjawab menerangka­n kedudukan sebenar memandangk­an kejadian itu berlaku di depannya.

“Saya tidak dibayar sesiapa. Saya tampil menerangka­n kedudukan sebenar atas rasa tanggungja­wab sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

“Pak cik itu menarik kain jubahnya perlahan-lahan kerana tidak mahu mengejutka­n wanita itu yang tidur. Saya nasihatkan netizen perlu lihat video itu dengan teliti dan tidak membuat fitnah,” katanya.

Dia mempersoal­kan tindakan individu yang merakam kejadian itu dan memuat naik video berkenaan sedangkan

 Saksi perjelas warga emas hanya tarik jubah

perakam terbabit boleh menegur di tempat kejadian.

“Kenapa perlu memuat naik video berkenaan? Kenapa tidak tegur saja pak cik itu dalam LRT berkenaan?

“Saya pernah menjadi mangsa tular apabila dompet hilang. Ada individu tidak bertanggun­gjawab memuat naik gambar kad pengenalan saya dan menyatakan saya mati kemalangan,” katanya.

 ??  ?? KEJADIAN yang ditularkan dalam media sosial.
KEJADIAN yang ditularkan dalam media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia