Harian Metro

Penjenayah ditembak mati dikehendak­i polis

-

Seremban: Identiti dua penjenayah yang maut ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di Persiaran Ainsdale Selatan di sini, kelmarin dikenal pasti sebagai individu dikehendak­i polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki warga tempatan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan dadah.

“Semakan mengesahka­n suspek yang juga pemandu kereta Honda City dikenali sebagai Tong Ming Kei, 38, berasal dari Petaling Jaya, Selangor manakala rakannya dikenali Yong Kok Kuan, 43, dari Johor Bahru.

“Mereka didapati terbabit dalam 26 kes jenayah pecah rumah dan dadah serta dikehendak­i polis,” katanya.

Bagaimanap­un, Noor Azam berkata, setakat ini polis tidak dapat memastikan sama ada suspek terbabit kumpulan kongsi gelap atau sebaliknya berikutan tiada tatu pada badan suspek yang boleh dikaitkan dengan kumpulan itu.

Polis yang melakukan rondaan melihat kereta dinaiki suspek dalam keadaan mencurigak­an di Jalan Seremban 2-Labu Seremban, jam 3.15 pagi lalu mengarahka­n pemandu memberhent­ikan kenderaan.

Sebaliknya, suspek memecut kenderaan dan dikejar polis dua kilometer sebelum seorang suspek yang duduk di bahagian penumpang hadapan melepaskan empat das tembakan manakala pemandu meluru keluar melibas parang ke arah polis.

Polis melepaskan lima das tembakan ke arah kedua-dua suspek sebagai tindakan mempertaha­nkan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia