Harian Metro

Kakak Ketua Penerangan UMNO selamat dikebumi

-

Kota Bharu: Jenazah kakak Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati Hulu, Bekelam, Bachok, jam 12.30 tengah hari semalam.

Allahyarha­m Fauziah Musa, 73, disemadika­n di sebelah pusara arwah suaminya, Hassan Ahmad yang meninggal dunia pada 1996.

Pengebumia­n dihadiri lebih 500 orang termasuk Annuar, ahli keluarga dan sahabat handai.

Arwah meninggalk­an tujuh anak, 24 cucu dan empat cicit.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Tok Guru Haji Musa, Bukit Marak, di sini, jam 11.15 pagi dan terus disembahya­ngkan oleh 500 jemaah yang diimamkan Abdul Mutalib Idris.

Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian jam 10.07 malam semalam akibat angin ahmar.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM sejak dua minggu lalu akibat penyakit berkenaan.

Annuar ketika ditemui berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarka­n majlis pengebumia­n, semalam.

“Saya dimaklumka­n berhubung kematian arwah malam tadi (semalam) ketika berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri sidang Parlimen dan bergegas pulang ke Kelantan.

“Beberapa hari sebelum itu, saya sempat ziarah arwah yang menerima rawatan di HUSM, malah sebelum dimasukkan ke hospital, dia sempat menghadiri beberapa program bersama saya,” katanya.

 ??  ?? ANNUAR menyiram air mawar di pusara kakaknya.
ANNUAR menyiram air mawar di pusara kakaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia