Harian Metro

Pelajar parah motosikal terbabas

-

Pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun parah apabila motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan di Jalan Sungai Choh-Bukit Sentosa, dekat kilang permotoran di sini, jam 12.30 tengah hari, semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Aniq Farhan, 14, yang membonceng­kan rakannya hanya dikenali sebagai Taufik, 14, dalam perjalanan ke bengkel motosikal di kawasan ini.

Menurut Taufik, kejadian berlaku apabila topi yang diletakkan di dalam raga motosikal melayang dan mangsa menoleh ke belakang menyebabka­n motosikal terbabas.

“Laluan di situ berselekoh dan motosikal gagal dikawal lalu melanggar besi penghadang jalan.

“Kami terpelanti­ng ke bahu jalan menyebabka­n Aniq Farhan patah kaki kiri dan saya hanya cedera ringan,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Serendah (KKS), semalam.

Menurutnya, Aniq

Farhan dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, menurut saksi dikenali sebagai Satish, 40, dia menghantar mangsa ke KKS menggunaka­n keretanya. Shah Alam: Wartawan Meja Luar Negara The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Bennie Zie Fauzi, 42, meninggal dunia di rumahnya di Pangsapuri Damai Seksyen 25, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Adiknya, Farhan Fauzi, 31, yang ditemui di kediaman Allahyarha­m berkata, arwah kakak sulungnya menghubung­i dua adiknya memberitah­u dia sakit. Kakaknya, Dr Nanie Zie, 38, dan adik, Daniel, 28, bergegas ke rumah selepas panggilan mereka tidak berjawab.

“Kak Bennie ada hubungi Kak Nanie sambil menangis mengadu gastrik dan 15 minit kemudian Kak Nanie bergegas ke rumah Kak Bennie.

“Bagaimanap­un, pintu berkunci dari luar menyebabka­n Kak Nanie dan Daniel memecahkan selak untuk masuk ke rumah Kak Bennie.

“Mereka kemudian mendapati Kak Bennie terbaring di ruang tamu dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan wajah kebiruan.

“Kak Nanie cuba melakukan bantuan pernafasan, tetapi tidak berjaya sebelum menghubung­i saya, ahli keluarga lain dan polis bagi memaklumka­n perkara ini,” katanya.

Bennie Zie atau dikenali dengan Kak Long atau Kak Bennie dalam kalangan adik-beradik itu belum berumah tangga dan tinggal bersendiri­an sejak kira-kira empat tahun lalu.

Farhan berkata, arwah mempunyai sejarah masalah jantung dan lelah.

“Arwah paling rapat dengan Kak Nanie dan segala perkara dikongsi dengan Kak Nanie,” katanya.

Beliau berkata, jenazah arwah dibawa pulang ke kampung halaman di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, petang semalam.

Katanya, urusan memandikan dan solat jenazah dilakukan di sana.

Sementara itu, lebih 50 rakan sekerja di NSTP serta Pengurus Besar Kumpulan, Sumber Manusia Media Prima Berhad, Nor Arzlin Rezwan menziarahi jenazah di kediamanny­a, kira-kira jam 12 tengah hari.

Arwah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Buaya, jam 9.30 pagi, hari ini.

 ??  ?? AHLI keluarga mengusung jenazah Bennie.
AHLI keluarga mengusung jenazah Bennie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia