Harian Metro

Pesakit kanser tulang rayu bantuan RM37,000

-

Port Dickson: Seorang pesakit di Kampung Jimah Lama di sini yang menderita kanser tulang sejak 10 tahun lalu merayu bantuan menampung kos pembedahan berjumlah RM37,000.

Abdul Rahman Zulfaqar, 36, yang bekerja sebagai peraih ikan di kawasan Port Dickson tidak dapat meneruskan tugasnya kerana sukar bergerak dan perlu memakai tongkat.

Sehubungan itu, isterinya, Murina Mohammad, 36, yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di Klinik Kesihatan Sendayan menanggung perbelanja­an keluarga termasuk empat anak berusia empat hingga 14 tahun.

“Sebelum ini kami menyewa di Sendayan tetapi kini menumpang di rumah ibu mentua saya sejak dua bulan lalu. Saya juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) namun belum mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sebenarnya saya perlu menjalani rawatan dua bulan sekali di Pusat Kajian Sains Perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan.

“Mana saya nak cari duit ke sana dan sejak pembedahan pertama pada 2008, saya tidak pernah ke sana sebab tidak mampu,” katanya, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia serba salah kerana menumpang di rumah mentua kerana tidak mampu menyewa rumah.

“Saya berharap menerima bantuan kerana kos pembedahan memerlukan kos RM37,100 di USM, Kubang Kerian tidak termasuk perbelanja­an lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubung­i Abdul Rahman di talian 016-3440173 atau no akaun Agro Bank Abdul Rahman Zulfaqar 1-00-5741-00002056-8 atau akaun Maybank isterinya, Murina Mohammad, 1550149818­48 Maybank.

 ??  ?? ABDUL Rahman menunjukka­n surat doktor mengesahka­n perlu pembedahan segera akibat sakit barah tulang di kaki kanannya.
ABDUL Rahman menunjukka­n surat doktor mengesahka­n perlu pembedahan segera akibat sakit barah tulang di kaki kanannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia