Harian Metro

Penantian berakhir

- Rahmat Khairulrij­al Rahmat@nst.com.my

 Pemandu treler dijel 5 tahun selepas didapati bersalah menyebabka­n kematian 6 sekeluarga

Penantian bagi menuntut keadilan oleh waris kepada enam sekeluarga yang meninggal dunia dalam kemalangan tragik di Lebuhraya Utara-Selatan tahun lalu, berakhir selepas Mahkamah Majistret, semalam menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun dan denda RM10,000 terhadap seorang pemandu treler.

Empat waris kepada enam mangsa yang berada di galeri awam ketika prosiding berjalan cuba menahan tangisan apabila Hakim Zulhelmy Hasan yang menyebut bagi pihak majistret menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhammad Syahrul Nizam Anuar, 27.

“Saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

“Mahkamah mengambil kira ini adalah kesalahan kali pertama Muhammd Syahrul dan kes ini membabitka­n kepentinga­n awam,” katanya

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu.

Memakai kemeja-T berwarna biru dan seluar deBagi nim, Muhammad Syahrul Nizam kelihatan tenang dan cuba melindungi wajahnya dengan beg tangan milik isterinya apabila wartawan menghampir­inya ketika tertuduh tiba di mahkamah pada jam 10.30 pagi.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa menyebabka­n kematian enam sekeluarga, Ketua MCA Cawangan Balakong Jaya yang juga jurutera, Lam Wai Loon, 46, isterinya, Wong Cheq Lee, 53, dua anak mereka, Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Hong, 13, serta adik Wan Loon, Lam Wei Keat, 35, serta bapanya, Lam Leong Choy, 76.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang memandu treler nombor pendaftara­n KDY1314 itu didakwa memandu secara laju di Kilometer 403.2 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, jam 7.46 pagi pada 2 April tahun lalu.

perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Khairulazh­wa Yusrie Mohamad memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dan pihak lain yang mahu membuat kesalahan yang sama.

Tertuduh diwakili peguam L Raj merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya.

Sementara itu, isteri kepada Leong Choy iaitu Ng Siew Yin, 73, yang menangis di luar mahkamah berkata, hukuman itu tidak mencukupi dengan kehilangan dan penderitaa­n yang dilalui selepas kejadian itu.

 ??  ?? AHLI keluarga mangsa yang hadir pada prosiding jatuh hukum terhadap Muhammad Syahrul Nizam.
AHLI keluarga mangsa yang hadir pada prosiding jatuh hukum terhadap Muhammad Syahrul Nizam.
 ??  ?? MUHAMMAD Syahrul Nizam tenang dan cuba melindungi wajahnya dengan beg tangan milik isterinya.
MUHAMMAD Syahrul Nizam tenang dan cuba melindungi wajahnya dengan beg tangan milik isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia