Harian Metro

Lawatan tinjau operasi integrasi editorial Interim ke-4 diumum

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pengurusan kanan dan Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Bhd (MPB) meluangkan masa melawat Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di sini, semalam.

Lawatan diketuai Pengerusi MPB Tan Sri Ismee Ismail meninjau operasi integrasi editorial dan kandungan tiga akhbar Kumpulan NSTP-New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM) serta produk digital lain.

Kenyataan Interim MH370 kali ke-4 akan dikeluarka­n petang ini bagi memaklumka­n perkembang­an terbaru mengenai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines itu sepanjang setahun lalu.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan itu akan diumumkan Pasukan Penyiasat Keselamata­n Annex 13, Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO) Malaysia bagi MH370, jam 3 petang menerusi siaran langsung di TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau berkata, kenyataan itu akan disampaika­n Ketua Penyiasata­n MH370 Datuk Kok Soo Chon yang akan turut dimuat naik ke laman web rasmi MH370 (www.mh370.gov.my).

“Dalam pada itu, keluarga dan waris terdekat mangsa MH370 akan dimaklumka­n terlebih dulu mengenai butiran kenyataan itu sebelum dimaklumka­n kepada umum pada jam 3 petang,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, kenyataan interim itu mewakili 19 wakil yang dilantik daripada tujuh pertubuhan siasatan kemalangan udara antarabang­sa dari Australia, China, Perancis, Indonesia, Singapura, United Kingdom dan Amerika

NSTP menjadi syarikat penerbitan pertama memperkena­lkan konsep integrasi berita sejak 1 Februari lalu dengan matlamat mengukuhka­n kedudukan NSTP sebagai pembekal berita dan kandungan pilihan dalam menghadapi persekitar­an perniagaan yang mencabar.

Selain meninjau pusat operasi editorial, rombongan turut dibawa melawat Resource Centre NSTP dan Studio Jalan Riong Digital Photo NSTP.

 Laporan diumumkan ICAO Malaysia bagi perkembang­an pencarian MH370

Syarikat.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia tetap teguh dengan komitmenny­a untuk terus mencari jawapan kepada kehilangan MH370 yang kini memasuki tahun keempat.

Menurutnya, tarikh 8 Mac 2014 akan sentiasa kekal dalam ingatan ahli keluarga dan waris penumpang dan kru kapal MH370.

“Selepas empat tahun berlalu, kenangan penumpang dan kru MH370 sentiasa kekal di ingatan tidak kira bagi rakyat Malaysia atau masyarakat dunia,” katanya.

Katanya, Malaysia juga komited terhadap misi mencari pesawat berkenaan yang kini dikendalik­an syarikat penerokaan dasar laut berpangkal­an di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited sejak 10 Januari lalu.

Liow berkata, misi berkenaan dilakukan dengan perjanjian berdasarka­n terma ‘No Cure, No Fee’ (tiada penemuan, tiada bayaran) dan tertakluk kepada pembahagia­n kawasan pencarian di mana bangkai, serpihan besar atau kotak hitam pesawat ditemui.

“Misi berkenaan disertai seramai 65 anak kapal termasuk dua pegawai daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mewakili kerajaan Malaysia,” katanya.

Katanya, setakat ini, kapal berkenaan berjaya meliputi kawasan carian melebihi 16,000 kilometer persegi daripada keseluruha­n 25,000 kilometer persegi yang disasarkan.

Turut hadir, Pengarah Urusan MPB Datuk Kamal Khalid; Pengerusi NSTP Tan Sri Ismail Omar; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Seri Abdul Jalil Abdul Hamid; Ketua Pengarang NSTP Datuk Yushaimi Yahaya dan Pengarang Eksekutif Kanan Integrasi, Saidon Idris; Pengarang Eksekutif BH Datuk Ahmad Zaini Kamaruzama­n; Pengarang Eksekutif NST Muzli Md Zin dan Pengarang Eksekutif HM, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat kebangsaan Indonesia mengawasi laut semasa operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Laut Andaman pada 15 Mac, 2014.
ANGGOTA penyelamat kebangsaan Indonesia mengawasi laut semasa operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Laut Andaman pada 15 Mac, 2014.
 ??  ?? ISMEE (tiga dari kiri) diiringi Abdul Jalil (kiri), Ismail (lima dari kiri), dan Yushaimi (kanan) melihat wartawan bertugas di Studio Digital di Balai Berita NSTP.
ISMEE (tiga dari kiri) diiringi Abdul Jalil (kiri), Ismail (lima dari kiri), dan Yushaimi (kanan) melihat wartawan bertugas di Studio Digital di Balai Berita NSTP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia