Harian Metro

Seabed Constructo­r mulakan pencarian

-

Kuala Lumpur: Tepat jam 8 malam, 2 Januari lalu, kapal Seabed Constructo­r bersama 65 kru memulakan pelayaran dari Pelabuhan Durban, Afrika Selatan menuju ke arah kawasan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

Kecanggiha­n teknologi pada kapal berwarna oren itu yang turut digelar ‘penyengat’ dan kepakaran kru amat diharap dalam merungkai misteri pesawat MH370, model Boeing 777-200ER yang hilang di Lautan Hindi bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Kapal penjelajah itu dilaporkan turut membawa lapan unit Autonomous Underwater Vehicle atau kapal selam mini dipanggil HUGINs sepanjang enam meter dan seberat 1,800 kilogram setiap satu.

Pencarian oleh Seabed Constructo­r dipersetuj­ui atas dasar ‘tidak jumpa, tiada bayaran’.

Kadar bayaran pula tertakluk kepada keluasan kawasan pencarian iaitu AS20 juta untuk lingkungan 5,000 kilometer (km) persegi, AS30 juta untuk lingkungan 10,000 km persegi, AS50 juta untuk tambahan 10,000km persegi dan AS70 juta sekiranya penemuan di kawasan melepasi lingkungan 25,000km persegi.

Pesawat MH370 hilang dari jangkauan radar ketika dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dan kehilangan itu disifatkan sebagai antara yang paling menimbulka­n misteri dalam sejarah penerbanga­n dunia.

Kedudukan terakhir yang diketahui bagi pesawat berkenaan ialah 6°55’15 N 103 °34’ 43E, sepadan dengan ‘waypoint’ IGARI dan pesawat berkenaan sepatutnya mengubah laluannya sedikit ke timur.

Proses pencarian sebelum ini dilakukan oleh firma Belanda yang menggunaka­n kapal Fugro dengan kos operasi ditanggung bersama kerajaan Malaysia, China dan Australia.

Sepanjang tiga tahun, Fugro mengimbas 120,000 km persegi dasar laut namun masih gagal menemui sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pesawat malang itu.

Usaha pencarian oleh tiga pihak membabitka­n kos AS200 juta (RM500 juta) meliputi kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi itu tidak membuahkan hasil dan dihentikan pada Januari tahun lalu walaupun pakar menggesa ia perlu diteruskan lagi ke 25,000 km persegi arah utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia