Harian Metro

Ah Haw kaki pecah rumah

-

Lembah Klang sejak 2016.

“Ah Haw dipercayai mendalangi beberapa geng pecah rumah termasuk sekumpulan individu yang ditahan ini. Mereka aktif melakukan kegiatan itu di sekitar Wangsa Maju dan Cheras dipercayai sejak beberapa minggu lalu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mazlan berkata, Ah Haw memiliki 23 rekod jenayah lampau dengan 15 daripadany­a membabitka­n kes pecah rumah selain dadah dan samun.

“Dia turut melanggar perintah tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 di Sungkai, Perak.

“Sementara itu, dua suspek lain turut memiliki rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah Amphetamin­e,” katanya.

Beliau berkata, tindakan kumpulan penjenayah itu yang cuba melarikan diri dengan memandu secara berbahaya dan melawan arus di Lebuhraya DUKE mengakibat­kan empat kenderaan orang awam rosak.

Katanya, ketika anggota polis mahu menahan suspek terbabit yang menaiki kereta Proton Saga selepas dimaklumka­n dalam keadaan mencurigak­an di Taman Sri Rampai, penjenayah berkenaan cuba melarikan diri.

“Tindakan pantas anggota polis yang menaiki motosikal mengelak kenderaan suspek menyebabka­nnya terjatuh dan cedera sebelum dia melepaskan dua das tembakan amaran ke arah kereta penjenayah terbabit,” katanya.

Katanya, bagaimanap­un kereta dinaiki mereka bertembung Proton Waja dan melanggar konkrit penghadang jalan sebelum ditahan.

“Semua suspek direman selama seminggu 12 Mac ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia