Harian Metro

Lulus serta-merta

- Syed Umar Ariff dan Mohd Anwar Patho Rohman cnews@nstp.com.my

 Najib beri RM400,000 pasang lampu isyarat, lebar jalan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima memorandum persefaham­an (MoU) daripada penduduk setempat yang memohon kerajaan memasang sistem lampu isyarat dan melebarkan jalan di persimpang­an masuk ke pekan Rasa susulan simpang berkenaan sering berlaku kemalangan.

“Sebagai Perdana Menteri, saya luluskan peruntukan RM400,000 untuk tujuan itu dan menyerahka­n kepada Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) untuk dilaksanak­an dengan segera.

“DAP (memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu) janji hendak buat, tetapi sudah empat tahun tidak buat. Hanya janji kosong. Ini beza dengan kita. Kita tunaikan janji,” katanya ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa di sini, semalam.

Menurut Najib, lawatan beliau ke SJKC Rasa untuk melihat janji BN ditunaikan selepas memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi pilihan raya kecil (PRK) pada 25 April 2010.

“Menang saja calon BN (Kamalanath­an) di Parlimen ini pada 25 April 2010. Pada 28 April saya mengumumka­n sumbangan RM3 juta untuk SJKC Rasa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, rakyat perlu meletakkan kepercayaa­n penuh kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara bagi menjamin dan membela nasib mereka.

Beliau turut memberi perbanding­an, kesilapan memilih parti dalam pilihan raya hanya akan menyebabka­n rakyat mendapat ‘janji kosong’ yang tidak akan dapat ditunaikan.

“Kita (BN) sentiasa menunaikan janji. Kita berharap (rakyat) meletakkan kepercayaa­n kepada kerajaan yang sentiasa menepati janji.

“Kita mesti letakkan kepercayaa­n kepada parti dan kerajaan yang membela nasib dan masa depan kita,” katanya.

Turut hadir, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramania­m, Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalanny­a Datuk P Kamalanath­an.

 ??  ?? NAJIB menerima MoU permohonan lampu isyarat dan penyelengg­araan jalan daripada Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu Datuk Wong Koon Mun (tengah) ketika perasmian bangunan tambahan SJKC Rasa Baru, semalam.
NAJIB menerima MoU permohonan lampu isyarat dan penyelengg­araan jalan daripada Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu Datuk Wong Koon Mun (tengah) ketika perasmian bangunan tambahan SJKC Rasa Baru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia