Harian Metro

Tiada pemindahan dana, bon KWSP

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan tiada sebarang pemindahan dana atau bon seperti yang didakwa.

Dalam kenyataan, KWSP berkata, pihaknya memberi jaminan kepada ahli, KWSP mempunyai rangka kerja tadbir urus yang kukuh bagi mencegah sebarang penipuan ke atas dana ahlinya.

“Terdapat satu lagi siri dakwaan ditimbulka­n baru-baru ini oleh pihak tidak bertanggun­gjawab mengenai pemindahan dana dan bon dalam jumlah yang besar daripada KWSP melalui kaedah penipuan.

“KWSP menyangkal dakwaan ini dan menegaskan surat dan kertas cadangan yang didakwa wujud dokumen palsu.

“Kertas cadangan yang terbabit tidak pernah dikemukaka­n kepada KWSP dan tidak pernah dipertimba­ngkan langsung,” katanya.

Menurutnya, berikutan audit tahunan yang dijalankan Jabatan Audit Negara, KWSP boleh mengesahka­n bon yang dipersoalk­an kekal dalam pemilikan KWSP melalui pengesahan yang diterima daripada PayNet pada Januari 2018.

“Paynet ialah pengendali sistem pembayaran yang diluluskan dan dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) dan anak syarikat BNM.

“Kami sekali lagi menegaskan transaksi yang disebutkan tidak pernah berlaku manakala kedua-dua RHB Bank dan HSBC Bank juga mengeluark­an kenyataan bagi menafikan dakwaan berkenaan,” katanya.

Rangka kerja tadbir urus KWSP memerlukan semua kertas cadangan melalui proses penilaian pelaburan yang ketat meliputi analisis komprehens­if, penilaian risiko dan usaha wajar oleh pasukan pakarnya.

Sebaik saja cadangan itu lulus dalam saringan peringkat pertama, maka ia tertakluk kepada pertimbang­an yang lebih terperinci oleh Jawatankua­sa Pelaburan Pengurusan (MIC) terdiri daripada ahli kanan Bahagian Pelaburan serta ahli pengurusan tertinggi KWSP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia