Harian Metro

SPAD bantu pelancong Bangladesh cari telefon tercicir dalam teksi

-

Kuala Lumpur: “Terima kasih atas tindakan pantas pihak tuan yang menemukan semula telefon bimbit saya yang hilang kerana di dalamnya ada gambar dan memori kami ketika berbulan madu di Malaysia,” luah pelancong dari Bangladesh dalam ruangan komen di laman web rasmi milik Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Difahamkan, suami isteri warga Bangladesh itu yang berbulan madu di negara ini menempuh detik cemas apabila telefon bimbit mengandung­i dokumen penting dan gambar mereka tercicir ketika menggunaka­n teksi dari Puduraya ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Salak Selatan di sini, Isnin lalu.

Bagaimanap­un, dengan bantuan anggota SPAD Unit TBS, pasangan terbabit menarik nafas lega apabila telefon berkenaan ditemui semula.

Jurucakap SPAD berkata, ketika Pejabat Penguatkua­sa SPAD di TBS, anggota didatangi pelancong itu ditemani polis bantuan pada jam 9.30 pagi untuk membuat aduan.

“Pasangan terbabit memaklumka­n telefon bimbit milik mereka tercicir dalam teksi yang dinaiki.

“Anggota penguatkua­sa SPAD, Syed Ammar Syamin dan Mohd Faizol Hassan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapatka­n maklumat lengkap mengenai teksi yang dinaiki penumpang berkenaan.

“Melalui rakaman CCTV, SPAD mengesan nombor pendaftara­n teksi sebelum membuat semakan melalui Aplikasi MeterOn dan mendapati ia dipandu lelaki bernama A M Suresh Kumar,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pihaknya mengesan nombor telefon bimbit pemandu teksi itu dan mendapati lelaki berkenaan berada di sekitar Puduraya sebelum anggota memaklumka­n tujuan panggilan serta mendapatka­n butiran lanjut kejadian berkenaan.

“Pemandu teksi mengesahka­n ada satu telefon bimbit tercicir di tempat duduk belakang. Anggota meminta pemandu teksi menghantar telefon itu ke pejabat Unit TBS.

“Pemandu berkenaan menyerahka­n gajet itu kepada pasangan warga Bangladesh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia