Harian Metro

Nafkah anak tak sah taraf

 Jika tiada sesiapa di sebelah ibu, pihak lain digalak membantu

- Penulis ialah peguam syarie

Adakah anak luar nikah sama tarafnya dengan anak lain dalam memberi nafkah? Situasinya begini, seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang pernah melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain.

Kemudian, mereka berkahwin dan anak kedua ini pula adalah hasil hubungan luar nikah mereka sebelum ini. Seandainya berlaku perceraian, perlukah lelaki itu menanggung nafkah anak berkenaan?

Hamba Hina Desa Pandan Kuala Lumpur

Keperluan nafkah untuk seseorang anak adalah bagi menjaga kebajikan dan kemaslahat­annya. Anak masih belum mampu mencari nafkah serta menjaga kebajikan diri mereka sendiri.

Penentuan kewajipan menyediaka­n nafkah anak adalah melalui perintah Allah SWT seperti firmannya yang bermaksud: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurn­akan penyusuan itu dan kewajipan ke atas bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah, ayat

233)

Firman Allah lagi dalam Surah al-Talaq, ayat 7, yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuann­ya dan sesiapa yang disempitka­n rezekinya maka hendaklah ia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah SWT kepadanya,

Allah SWT tidak memberatka­n seseorang melainkan yang diberikan Allah kepadanya .... ”

Dalam Kitab Fiqh al-Manhaj, terjemahan kitab fiqah Mazhab Syafie (bab nafkah) menyatakan, kewajipan memberi nafkah terhadap anak adalah berdasarka­n kepada syarat nafkah usul (ayah, datuk) kepada furu’ (anak, cucu).

Bapa dan datuk (usul keturunan) yang wajib memberi nafkah kepada anak dan cucu hingga ke bawah (furu’ keturunan).

Oleh itu, bapa adalah orang yang bertanggun­gjawab membiayai nafkah sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Jika anak itu tidak mempunyai bapa, maka datuk iaitu ayah kepada bapa wajib mengambil tanggungja­wab itu.

Begitulah seterusnya berdasarka­n hubungan usul yang terdekat dengan furu’.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Seksyen 74 secara khusus memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan kes itu berdasarka­n peruntukan berikut:

Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintah­kan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya:

Jika dia enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu.

Jika dia meninggalk­an langsung isterinya dan anaknya itu dalam jagaan isterinya.

Dalam menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri.

Apabila membuat atau selepas membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

Apabila memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk berpoligam­i di bawah seksyen 23.

Berdasarka­n dalil pensyariat­an kewajipan nafkah dan peruntukan undangunda­ng berkenaan, bapa wajib menanggung nafkah anaknya.

Jika gagal disempurna­kan, ia boleh dipindahka­n kepada usul iaitu datuk serta waris lelaki yang lain. Maksudnya di sini, seseorang lelaki itu perlu mempunyai hubungan darah dan pertalian sah di sisi syarak.

Sebab mewajibkan nafkah ke atas seseorang adalah: a. Perkahwina­n. b. Keturunan. c. Kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga (contoh anak angkat).

Seorang lelaki atau bapa tidak wajib menanggung nafkah bagi anak yang lahir sebelum pernikahan walaupun lelaki berkenaan melakukan persetubuh­an dengan ibu anak itu.

Kewajipan memberi nafkah anak tidak sah taraf terletak di atas ibu dan keluarga ibunya. Ini diperuntuk­kan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri iaitu di bawah Seksyen 81.

Kewajipan menanggung nafkah anak tidak sah taraf:

1. Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anak tidak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat dirogol, mahkamah boleh apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintah­kan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh mahkamah.

2. Elaun bulanan di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut seperti yang dinyatakan dalam perintah itu.

Namun, atas dasar kemanusiaa­n, jika lelaki sudah berkahwin dengan ibu anak itu dan lazim menafkahi mereka selama perkahwina­n, maka teruskan saja pemberian nafkah itu dan niatkan dalam bentuk sedekah.

Justeru, amat digalakkan supaya ada pihak bersedia dengan ikhlas menyara anak itu kerana Allah SWT semata-mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia