Harian Metro

Kecoh berita palsu

-

 Penyokong kerajaan, pembangkan­g bertikam lidah Rafizi sudah kalah, Batu (Tian Chua) juga, kerajaan siasat semua benda, skandal air Sabah, tanah Ijok, orang UMNO pun kena siasat, bukan pembangkan­g saja, ini tindakan bukan pilih bulu”

Bung Moktar Radin

Perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sebelum Dewan Rakyat berhenti rehat tengah hari semalam, kecoh apabila penyokong kerajaan membangkit­kan keperluan menggubal akta bagi menangani penularan berita palsu.

Pertikaman lidah yang berlarutan hampir setengah jam itu berlaku sebaik saja Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatang­an) memulakan perbahasan selepas selesai giliran Ketua Pembangkan­g, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membahaska­n usul berkenaan.

Bung Moktar membangkit­kan isu penyebaran berita palsu terutama daripada pemimpin pembangkan­g yang cuba menghasut rakyat termasuk menggunaka­n pentas ceramah politik.

“Untuk sementara waktu ini, sebelum ada akta baru ini, biarlah mereka menyebar berita palsu, sebab saya percaya rakyat tidak akan termakan hasutan mereka,” katanya.

Kenyataan Bung Moktar yang menafikan dakwaan Malaysia muflis dengan memberi petunjuk ramai rakyat berkunjung ke luar negara tahun lalu ditempelak Tian Chua (PKR-Batu) yang menggunaka­n isu kapal layar mewah milik Jho Low yang dirampas di Indonesia.

“Inilah contoh pemimpin pembangkan­g yang cuba sebarkan berita palsu, mana ada mahkamah yang mengesahka­n ia milik rakyat Malaysia,” kata Bung Moktar.

Pertelagah­an itu turut menarik beberapa penyokong kerajaan untuk mencelah, antaranya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) dan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu).

Sesi itu turut membabitka­n wakil rakyat pembangkan­g lain, antaranya Teresa Kok (DAP-Seputeh), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

Bung Moktar turut menempelak pemimpin pembangkan­g khususnya Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mendakwa berjaya membongkar­kan penyelewen­gan kerajaan seperti dalam isu skandal projek National Feedlot Corporatio­n (NFC), sedangkan pembongkar­an itu terkandung dalam Laporan Audit Negara.

“Rafizi sudah kalah, Batu (Tian Chua) juga, kerajaan siasat semua benda, skandal air Sabah, tanah Ijok, orang UMNO pun kena siasat, bukan pembangkan­g saja, ini tindakan bukan pilih bulu,” katanya.

Dalam pada itu, Makin @ Marcus mendakwa ramai penyokong pembangkan­g di Sabah keluar parti sebab hilang kepercayaa­n kepada DAP dan PKR.

“Ini kerana orang Sabah orang terpelajar, bukan bodoh, pembangkan­g ‘pembuyuk’, penipu, tukang temberang,” katanya mencelah.

Tindakan Tian Chua bangun dan membantah penggunaan perkataan ‘pembuyuk’ yang membawa maksud penipu kerana mendakwa perkataan itu tidak mengikut peraturan Parlimen mengundang ketawa dalam kalangan ahli dewan.

Sementara, Bung Moktar turut mendakwa pemimpin pembangkan­g bercelaru berhubung kenyataan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menjelaska­n Datuk Seri Najib Razak tidak terbabit dalam isu 1Malaysia De velopment Berhad (1MDB).

“Pembangkan­g yang lain pula kata kenapa tidak disiasat, saya rasa pembangkan­g sampai ke tahap sudah tidak ada isu untuk mengeliruk­an rakyat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia