Harian Metro

Pesalah jenayah kanakkanak dalam senarai DKK

-

Kuala Lumpur: Seramai 107 pesalah yang dihukum kerana melakukan jenayah mengikut Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 disenaraik­an dalam senarai Daftar Kanak-kanak (DKK) sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pengumpula­n maklumat bagi DKK selaras dengan penguatkua­saan pindaan Akta Kanak-kanak 2001 pada 1 Januari 2017.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 119, akta sama, isi kandungan DKK diperluas bukan saja rekod khusus mengandung­i butiran kanak-kanak yang memerlukan perlindung­an malah membabitka­n maklumat pesalah jenayah berkaitan akta berkenaan.

“Antara kesalahan yang dilakukan bukan hanya membabitka­n jenayah seksual semata-mata, tetapi kesalahan lain seperti mendera, mengabaika­n, membuang, menggunaka­n kanak-kanak untuk aktiviti mengemis atau aktiviti menyalahi undang-undang, perhimpuna­n jalanan serta membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan sepatutnya. “Butiran DKK adalah sulit, manakala maklumat pesalah diperoleh daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua itu tidak akan dikongsika­n dengan umum,” katanya ketika menjawab soalan Wong Chen (PKR -Kelana Jaya) di Dewan Rakyat, semalam.

Chen ingin mendapatka­n penjelasan mengenai bila kementeria­n akan menguatkua­sakan DKK dan kriteria berkaitan.

FAKTA

Antara kesalahan yang dilakukan bukan hanya membabitka­n jenayah seksual semata-mata

 ??  ?? AZIZAH
AZIZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia