Harian Metro

Pampasan tunggu siasatan polis selesai

-

Kuala Lumpur: Pampasan daripada kontraktor kepada waris pelajar perempuan yang meninggal dunia selepas terkena bilah pisau mesin rumput, hanya dapat ditentukan selepas siasatan polis selesai.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata, siasatan polis itu akan menentukan sama ada pihak kontraktor bertanggun­gjawab dalam tragedi berkenaan atau sebaliknya.

“Perkara itu (pampasan daripada kontraktor) tertakluk pada siasatan polis. Apabila siap semua siasatan, baru kita tahu siapa yang perlu bertanggun­gjawab.

“Buat masa ini, kementeria­n sudah menyerahka­n pampasan insurans takaful berjumlah RM5,500 kepada keluarga mangsa pada 23 Februari lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang bertanya sama ada pihak kontraktor sudah memberi pampasan kepada waris mangsa, serta sama ada wujud larangan daripada kementeria­n berhubung kerja penyelengg­araan yang dilaksanak­an semasa pelajar berada di kawasan padang.

Pada 13 Februari lalu, Nur Afini Roslan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, meninggal dunia selepas kepalanya putus terkena bilah pisau mesin rumput yang ditarik menggunaka­n traktor.

Pada 3 Mac lalu, Sin Woon dilaporkan berkata hasil siasatan dan tindakan kementeria­n berhubung tragedi itu akan ditetahui dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia