Harian Metro

CFP 2.0 perkongsia­n strategik lahir graduan berkualiti

-

Program CEO@Fakulti (CFP 2.0) mampu mewujudkan perkongsia­n strategik berteraska­n hubungan profesiona­l sebagai jambatan utama dalam melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan industri dan pembanguna­n negara.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, seramai 50 pensyarah muda dipilih mengikuti program berkenaan selama enam bulan di bawah seliaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari pelbagai syarikat korporat seperti Media Prima Berhad (MPB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Huawei dan Maybank.

“Mereka adalah pensyarah yang dipilih melalui 500 permohonan diterima selain mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang dan dinamik di universiti masingmasi­ng.

“Melalui program ini, kita merapatkan jurang antara kedua-duanya iaitu menjadikan industri dan ahli akademik adalah satu menerusi perkongsia­n ilmu dan kemahiran,” katanya selepas sesi Dialog Universiti-Industri, di sini, semalam.

Beliau berkata, melalui program itu juga, pensyarah dapat berkongsi pengalaman dan ilmu yang dipelajari daripada industri kepada pelajar di universiti masing-masing.

Melalui sesi itu, Idris turut berkongsi mengenai Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) yang diperkenal­kan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) bagi melahirkan graduan holistik, seimbang dan bercirikan usahawasan seperti dikehendak­i industri.

Katanya, menerusi program itu pelajar mampu berkomunik­asi dengan baik, mempunyai pemikiran kritikal dan mencapai keputusan akademik cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia