Harian Metro

Jamin bekalan air pulih Ahad ini

-

Ijok: Kerajaan Selangor memberi jaminan bekalan air di sekitar Lembah Klang pulih berperingk­at sehingga Ahad ini biarpun berlaku insiden sistem mampatan udara pecah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) di sini, kelmarin.

Kerja pembaikan kecemasan dijalankan selama 24 jam bagi mempercepa­tkan pemulihan bekalan air kepada 563,622 akaun pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Klang/Shah Alam,

Gombak, Kuala

Lumpur, Kuala

Langat dan Hulu Selangor.

Tempoh pemulihan sepenuhnya dijadualka­n masing-masing jam 6 pagi Sabtu dan 6 petang, Ahad ini.

Memaklumka­n perkara itu, Exco Infrastruk­tur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, insiden kerosakan membabitka­n lima batang paip bersaiz 1,100 milimeter (mm) termasuk dua yang rosak teruk.

“Kejadian berlaku ketika pihak LRA SSP3 yang dikendalik­an Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd

(SPLASH) dalam persediaan pengoperas­ian semula loji selepas kerja pembaikan kritikal dalam rumah pam siap dilaksana jam 5 petang semalam.

“Berikutan kejadian itu, kerajaan negeri mengarahka­n pihak Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) membantu SPLASH menyegerak­an segala kerja pembaikan.

“Kerja pembaikan dijalankan 10 pasukan berterusan dan dijangka siap jam 6 petang esok (hari ini),” katanya.

Kelmarin, lima kakitangan Air Selangor dan SPLASH cedera selepas sistem mampatan udara di loji itu pecah jam 5 petang.

Zaidy berkata, kerja pembaikan kritikal di loji sebelum ini bagi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia