Harian Metro

‘Saya tak tamak’

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

 Pengutip barang pulangkan beg ditemui mengandung­i wang RM4,000 dipuji

“Walaupun miskin tetapi saya tidak tamak. Saya risau kalau tuan punya beg itu betul-betul perlukan duit untuk kegunaan ketika kecemasan,” kata Cheah Keng Keong yang bersifat mulia apabila memulangka­n beg mengandung­i wang RM4,000 ditemui kepada pemiliknya.

Pengutip barang kitar semula berusia 48 tahun itu berkata, dia menemui beg hitam mengandung­i wang sebanyak itu di Jalan Batu Sinar pada jam 1.20 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, ketika itu dia menaiki motosikal bersama anak perempuann­ya dari rumah mereka di Taman Bandar Baru Selatan untuk pergi ke stesen minyak berhampira­n.

Katanya, ketika dalam perjalanan dia menemui beberapa wang kertas RM5 di laluan hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa.

“Saya pun memberhent­ikan motosikal untuk mengutip wang itu sebelum melihat sebuah beg mengandung­i wang dan dompet.

“Selepas melihat isi kandungan beg itu, saya terus membawanya ke Balai Polis Kampar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Cheah berkata, dia sendiri tidak tahu jumlah sebenar wang tunai dalam beg berkenaan.

“Dalam beg itu ada kad pengenalan, jadi polis boleh tolong pulangkan wang berkenaan kepada pemiliknya.

“Saya beritahu anak wang itu orang lain punya dan tidak boleh sesuka hati ambil,” katanya yang mempunyai tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superinten­dan Ng Kong Soon berkata, Cheah ternampak beg berkenaan terjatuh daripada sebuah kereta dan menyerahka­n beg itu bersama wang di dalamnya kepada polis yang kemudian berjaya mengesan pemiliknya.

Beliau berkata, susulan itu polis mengesan pemilik beg terbabit iaitu seorang guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan memintanya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk mengambiln­ya.

“Saya bercadang untuk menganuger­ahkan sijil penghargaa­n kepada Cheah kerana bersikap jujur dan amanah sempena Hari Polis nanti.

“Lelaki berkenaan memberitah­u walaupun dia hidup dalam serba kekurangan, namun dia tidak mengambil duit itu dan itu adalah sikap yang harus dipuji.

“Malah pemilik beg berkenaan meminta saya menyampaik­an sedikit sagu hati kepada Cheah kerana bersikap jujur untuk memulangka­n beg terbabit,” katanya.

 ??  ?? NG menyerahka­n
sagu hati yang diberikan pemilik beg kepada Keng Keong.
NG menyerahka­n sagu hati yang diberikan pemilik beg kepada Keng Keong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia