Harian Metro

Kejutan ‘tetamu’ paling istimewa

-

Kuala Lumpur: “Saya sangat teruja, ini adalah kejutan paling istimewa dan tidak akan melupakan kejadian berlaku sehingga ke akhir hayat.

“Orang lain kena bayar jika hendak cari lembu betina bagi upacara sembahyang khas sempena masuk rumah atau kedai baru. Tapi saya pula bertuah, lima lembu masuk ke dalam kedai sekali gus,” kata pemilik kedai menjual pakaian masyarakat India PR Naidu Jeevajohth­y, 51.

Wanita itu kelihatan ceria ketika ditemui dan sedia berkongsi pengalaman dianggap istimewa dilaluinya iaitu lima lembu memasuki kedainya di Pusat Komersial Sinar Sentul, Isnin lalu.

Kejadian itu menarik perhatian pelanggan berada di kedai wanita itu selain pekerja premis bersebelah­an hingga ada merakam video gelagat haiwan itu yang kemudian tular di media sosial sejak kelmarin.

Menurut Jeevajohth­y, bagi masyarakat India kehadiran haiwan itu dianggap sebagai membawa tuah, berikutan itu anaknya S Mahadave, 18, menyambut tetamu tidak diundang itu dengan memberikan roti, mufin dan biskut dibeli di kedai bersebelah­an.

Jelasnya, selain itu mengikut kepercayaa­n masyarakat India juga, lembu yang masuk ke dalam kedai atau rumah baru didiami adalah simbolik kepada ‘Dewi Lakshmi’ iaitu Dewi kekayaan yang membawa rezeki.

“Kedai milik keluarga ini mula beroperasi tiga bulan lalu dan saya memang merancang untuk mengadakan upacara sembahyang kerana ia adalah antara adat kami, tetapi belum berkesempa­tan berikutan banyak lagi barang belum habis disusun.

“Tak sangka pula, Isnin lalu haiwan itu muncul depan kedai. Kami pada mulanya memberikan roti dan mufin, tidak lama kemudian seekor demi seekor masuk ke dalam kedai, jadi kami beri biskut sebagai makanan tambahan,” katanya.

Kerana terlalu teruja Jeevajohth­y, juga membiarkan lembu berkenaan berada di dalam kedainya selama hampir dua jam bermula 7.45 malam.

“Jam 10 malam baru kami tutup kedai. Saya juga sengaja biarkan haiwan itu membuang najis dan air kencing di dalam kedai kerana percaya ia membawa rezeki,” katanya.

Sementara itu individu merakam kejadian itu Saipul Baharim, 27, berkata, dia kemudian memuat naik video berkenaan ke akaun Facebook (FB) miliknya.

 ??  ?? JEEVAJOHTH­Y bersama lembu yang masuk ke kedai pakaiannya.
JEEVAJOHTH­Y bersama lembu yang masuk ke kedai pakaiannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia