Harian Metro

6,536 tudung untuk keamanan

- Amir Abd Hamid amir_hamid @mediaprima.com.my

 Dua wanita Malaysia turut bawa RM30,000 bantu pelarian rakyat Syria di Turki

Sempena Hari Wanita Sedunia disambut 8 Mac setiap tahun, Global Peace Mission (GPM) Malaysia melalui projek khasnya, Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) menghantar dua wakil bagi menyertai Konvoi Wanita Untuk Syria.

Program membabitka­n konvoi 150 bas bermula kelmarin adalah yang terbesar khusus untuk membantu rakyat Syria menjadi pelarian di Turki, ketika ini berdepan krisis kemanusiaa­n terburuk akibat tersepit dalam konflik perang.

Ketua Pegawai Eksekutif GPM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, konvoi itu adalah usaha masyarakat dunia menyatakan solidariti terhadap mangsa kekejaman peperangan Syria khususnya wanita.

“Konvoi dianjurkan secara bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabang­sa antaranya Union of NGOs of The Islamic World (UNIW), Yayasan Belia Turki (TUGVA), Humanitari­an Relief Foundation (IHH) dan Memur-Sen selain turut mendapat sokongan padu kerajaan Turki.

“Delegasi Malaysia diwakili Timbalan Ketua Pegawai Operasi GPM, Noor Fadhilah Wan Ibrahim dan Exco GPM, Maria Kamel, mereka membawa dana awal Bantuan Kecemasan Timur Ghouta berjumlah RM30,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Ahmad Fahmi berkata, wakil Malaysia itu bertolak awal pagi kelmarin (waktu Malaysia) ke Turki dan terus memulakan konvoi bermula 6 Mac di Istanbul.

Beliau berkata, konvoi itu akan menyelusur­i bandar utama di Turki antaranya Izmir, Sakarya, Ankara dan Adana dan berakhir di Hatay, di sempadan Turki dan Syria.

Menurutnya, penyertaan delegasi Malaysia dalam konvoi kali ini adalah manifestas­i komitmen GPM dalam mengangkat dan membela isu kemanusiaa­n merentasi sempadan.

Katanya, ribuan peserta delegasi menyertai konvoi antarabang­sa itu seterusnya menyampaik­an mesej keamanan kepada dunia mengenai keperluan untuk melepaskan semua tahanan dalam penjara dan mengakhiri kezaliman serta penindasan khususnya wanita di Syria.

“Kumpulan konvoi ini turut membawa 6,536 helai tudung sebagai simbolik kepada jumlah tahanan wanita di dalam penjara oleh tentera rejim Bashar Al-Assad.

“Penyertaan aktivis wanita membabitka­n 55 negara itu terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion, usia, etnik, kaum dan agama,” katanya.

Rakyat Malaysia yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD iaitu 5648-1051-3971 (Maybank), 11-115-100115-5 (Bank Rakyat), 14-210-01-000988-2 (Bank Islam) atau 1050-4003-0883 (Affin Islamic Bank).

 ??  ?? MARIA (kiri) dan Noor Fadhilah sertai Konvoi Wanita Untuk Syria.
MARIA (kiri) dan Noor Fadhilah sertai Konvoi Wanita Untuk Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia