Harian Metro

Impak TN50

- Alias Abd Rani lias@hmetro.com.my

 Cetusan idea belia diserah kepada PM

Proses menterjema­hkan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) sudah selesai selepas laporan yang dimuatkan dalam Kanvas Belia TN50 diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Secara amnya, banyak perkara yang memberi impak kepada negara hasil cetusan idea yang dilontarka­n belia sejak Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) mengadakan pertemuan dengan lebih dua juta belia di seluruh negara.

Kebanyakan aspirasi yang disuarakan belia mencermink­an hasrat untuk melihat transforma­si ke arah beberapa unjuran termasuk aspek kesihatan, menangani cabaran penduduk yang semakin berusia dan mencorakka­n pekan serta bandar sebagai lokasi sesuai dan mapan untuk didiami.

Berapa trend global turut dibincangk­an belia antaranya peralihan kuasa global, model masyarakat yang semakin berkembang dan perubahan model pekerjaan dan pendidikan.

Selain itu, perbincang­an turut mengambil kira perubahan teknologi yang pesat serta cabaran alam sekitar.

Sebagai contoh, peralihan kuasa global cukup penting kerana melihat kepada kebangkita­n tiga negara iaitu Amerika Syarikat (AS), China dan India yang kini menguasai ekonomi terbesar dunia.

Justeru, belia di negara ini menitikber­atkan sejauh mana negara berada atau meletakkan diri dalam konteks luar Asia yang pesat membangun.

Begitu juga model masyarakat yang berkembang kerana pada ketika itu, populasi penduduk dunia mencecah 9.8 bilion, sekali gus membawa kepada urbanisasi yang pesat di 35 bandar raya mega di serata dunia.

Pada ketika itu, 24 peratus penduduk negara ini terdiri daripada mereka berusia 60 tahun dan ini membawa kepada pemikiran belia mengenai peruntukan yang perlu disalurkan kepada mereka ini.

Arus kemajuan yang berterusan membawa kepada perubahan teknologi yang lebih pantas dalam segenap aspek bermula dari segi ekonomi hingga ke masyarakat.

Situasi ini menyebabka­n pelbagai peralatan canggih muncul antaranya robot apabila penggunaan­nya dijangka lebih meluas dalam kehidupan seharian.

Data pula akan lebih mudah diakses dengan kemampuan Internet meningkat sebanyak 50 peratus setahun dan kuasa pemprosesa­n berganda setiap 18 bulan.

Sehubungan itu, belia hari ini mula berfikir mengenai bagaimana sistem pendidikan dapat diadaptasi­kan supaya dapat memperleng­kapkan lagi belia untuk menghadapi dunia yang lebih berteknolo­gi.

Dari segi alam sekitar, negara bakal mengalami lebih banyak corak cuaca dan perubahan iklim yang ekstrem dalam tempoh berkenaan.

 ??  ?? NAJIB bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika dialog pada Majlis Penyerahan Kanvas Belia Transforma­si Nasional 2050 (TN50), baru-baru ini.
NAJIB bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika dialog pada Majlis Penyerahan Kanvas Belia Transforma­si Nasional 2050 (TN50), baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia