Harian Metro

Bukan urusan JPPH

-

 Penentuan cukai taksiran hartanah dilaksana sendiri PBT

nilaian harta tanah yang berpatutan bagi pelbagai maksud seperti bayaran premium untuk menukar syarat, permohonan pemilikan tanah dan perlanjuta­n pajakan manakala penentuan cukai taksiran dilaksanak­an sendiri oleh PBT.

Menurutnya, penilaian sesuatu harta tanah adalah berasaskan kepada nilai pasaran yang bergantung kepada permintaan dan penawaran sesuatu jenis harta tanah iaitu bukti jual beli terkini di sesuatu kawasan berkenaan.

“Nilai pasaran adalah berdasarka­n harga jual beli harta tanah sebanding di kawasan sekitar. Satu pendekatan nilaian yang digunakan dalam menentukan nilai pasaran adalah kaedah perbanding­an. Berdasarka­n kaedah ini, jual beli yang sebanding di kawasan sekitar diambil kira dan dibuat pelarasan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas mengenai artikel dikeluarka­n dalam sebuah akhbar, baru-baru ini berkaitan cukai harta tanah di Selangor dan Pulau Pinang yang mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa bagi urusan kenaikan cukai hartanah, sebaliknya ia diputuskan melalui taksiran JPPH di bawah Kerajaan Persekutua­n.

Menurutnya, JPPH memainkan peranan penting dalam pembanguna­n negara dengan memberikan perkhidmat­an yang boleh dipercayai, menepati masa dan profesiona­l terutama sebagai penasihat dan pakar runding kepada kerajaan dan agensinya dalam segala aspek berkaitan dengan penilaian, perundinga­n dan perkhidmat­an harta.

Katanya, fungsi dan tugas JPPH termaktub mengikut Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 (Akta 242) yang turut memperuntu­kkan bahawa Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmat­an Harta dilantik sebagai Presiden Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta, Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia