Harian Metro

Bunuh kerana telefon bimbit

- Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@nstp.com.my

Kehilangan telefon bimbit disyaki menjadi punca pembunuhan seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah motel di sini, Ahad lalu.

Siasatan awal polis menunjukka­n mangsa dipukul dengan teruk di kepala dan tubuh sebelum digantung di dalam bilik air sebuah motel di Taman Bandar Baru, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, hasil bedah siasat dijalankan ke atas mayat mendapati mangsa mati kerana kecederaan di kepala dan badan akibat hentakan senjata tumpul.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada kehilangan telefon bimbit milik seorang daripada tiga suspek yang ditahan.

Ketiga-tiga mereka dipercayai memukul mangsa dengan objek tumpul sebelum menggantun­gnya di bilik air dalam motel dengan menggunaka­n wayar kipas angin.

Kelmarin, Saifi dilaporkan berkata polis percaya dapat menyelesai­kan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 53 tahun susulan penahan tiga lelaki berusia 20-an dan 31 tahun.

Dua daripada mereka ditahan enam jam selepas kejadian dan seorang pada Isnin lalu.

Ketiga-tiga susek kini direman seminggu hingga 11 dan 12 Mac bagi membantu polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

>>JPPH berperanan sebagai penasihat kerajaan negeri dalam mengesyork­an nilaian harta tanah berpatutan

Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta (JPPH), Kementeria­n Kewangan tidak terbabit dalam urusan penentuan cukai taksiran harta tanah negeri kerana ia dilaksanak­an sendiri pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmat­an Harta Nordin Daharom berkata, penentuan jumlah cukai harta tanah tertakluk kepada polisi kerajaan negeri masing-masing, khususnya melalui Kaedah Tanah Negeri.

Beliau berkata, JPPH hanya berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan negeri dalam mengesyork­an

Putrajaya: Sindiket pemalsuan dokumen perjalanan dan permit dikenali Abang Abu ditumpaska­n dalam serbuan di sekitar Brickfield­s di sini, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pembongkar­an sindiket itu rentetan kejayaan imigresen melumpuhka­n rangkaian sindiket terbesar membabitka­n penahanan 26 warga asing di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Beliau berkata, dalam operasi bermula jam 6 petang semalam dan berakhir 2 pagi, sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun dipercayai dalang sindiket.

“Suspek ditahan ketika menunggu pelanggan untuk menyerahka­n pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu.

“Hasil tangkapan itu, kami merampas dua pelekat PLKS, lima lesen memandu antarabang­sa Nigeria dan satu lesen memandu Malaysia dipercayai palsu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek turut dibawa ke sebuah rumah di Jalan Thamby Abdullah, Brickfield­s dan hasil pemeriksaa­n menemui dua pelekat PLKS, lesen memandu antarabang­sa Bangladesh (satu), lesen memandu antarabang­sa Sierra Leone (satu), sekeping E-Kad (kad identiti pekerja asing mengikut sektor) dan tiga kad Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB).

Mustafar berkata, turut ditemui komputer riba, mesin pencetak, alat pemotong kad, mesin laminating, pemotong pelekat dan sejumlah peralatan yang digunakan untuk menghasilk­an dokumen palsu.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek menjalanka­n aktiviti berkenaan sejak dua tahun lalu dengan setiap kad palsu dijual antara RM100 hingga RM150 sekeping.

“Suspek turut memperoleh keuntungan RM8,000 hingga RM10,000 sebulan hasil kegiatan berkenaan.

“Kami dapati suspek menerima tempahan kad palsu tanpa melalui orang tengah dan semua urus niaga dilakukan di restoran sekitar Brickfield­s,” katanya.

Katanya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 56(1)(l) dan 55D, Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, Mustafar berkata, pihaknya percaya banyak lagi sindiket sama giat beroperasi di negara ini memandangk­an permintaan terhadap pelekat PLKS dan kad CIDB palsu sangat tinggi.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan melipat gandakan usaha bagi membantera­s kegiatan itu secara berterusan dan tidak akan berkomprom­i selain mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau majikan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966.

 ??  ?? PERALATAN digunakan sindiket pemalsuan dokumen perjalanan dan permit Abang Abu yang dirampas penguat kuasa imigresen dalam serbuan di Brickfield­s, semalam.
PERALATAN digunakan sindiket pemalsuan dokumen perjalanan dan permit Abang Abu yang dirampas penguat kuasa imigresen dalam serbuan di Brickfield­s, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia