Harian Metro

Popular sekelip mata

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

Menjadi pujaan di media sosial sekelip mata. Itu ‘tuah’ pakar perubatan keluarga berketurun­an India selepas rakaman videonya menyanyika­n lagu berbahasa Dusun tular di media sosial hingga mendapat perhatian ramai.

Berbeza daripada tugas hakikinya di Klinik Kesihatan Manggatal, Dr Praveen Abraham, 36, kini semakin terkenal dalam kalangan pengguna Facebook, YouTube dan aplikasi WhatsApp yang rata-rata mengagumi kebolehann­ya.

Malah, ada pihak mendakwa tidak mengetahui kewujudan lagu milik penyanyi asal Fabian William, namun kini semakin diminati ramai selepas klip video Praveen yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, itu tular.

Bekas Pakar Otak di Hospital Queen Elizebeth di sini berkata, klip rakaman video

 Dr Praveen terkenal selepas nyanyi lagu bahasa Dusun

nyanyianny­a bertajuk

dirakam individu tidak dikenali tanpa disedariny­a pada majlis perkahwina­n rakan di Kampung Inobong, Penampang, 27 Januari lalu.

Bagaimanap­un, katanya, dia hanya menyedari rakaman video berkenaan menjadi tular sejak seminggu lalu selepas dihujani panggilan telefon dan mesej daripada rakan dan keluarga.

“Saya memang terkejut selepas diberitahu mengenai video itu, tetapi gembira kerana ramai memuji dan memberi sokongan kepada saya.

“Tidak kurang juga ada yang mendakwa saya berbangsa asing dan hanya menghafal lirik lagu itu. Tapi, tidak kisahlah kerana saya berketurun­an India dan memang boleh bertutur dalam bahasa Dusun,” katanya.

Praveen memberitah­u, dia meminati lagu atau Yang Ditunggu kerana pengertian lirik serta susunan melodi yang indah.

Katanya, lagu berkenaan menceritak­an mengenai penantian dan boleh dikatakan ‘kena’ dengan kisah lampaunya sebelum ini.

“Selain lagu itu, saya meminati lagu bertajuk

nyanyian Jestie Alexius dan lagu

nyanyian Mary Intiang,” katanya yang fasih berbahasa Dusun kerana mempunyai ibu angkat daripada etnik berkenaan di Tambunan.

Doktor perubatan yang masih bujang dan pernah belajar di Edinburgh, Scotland itu berkata, sejak ditugaskan di Sabah pada tahun 2006, dia mula jatuh cinta dengan negeri itu.

 ??  ?? DR Praveen
DR Praveen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia