Harian Metro

Cekal jaga suami hilang ingatan

-

Kuala Nerus: “Walaupun suami tidak mengingati saya, mengherdik, menghina malah mengancam mencederak­an saya namun ia bukan alasan untuk saya meninggalk­annya malah tetap setia menjaganya biarpun ia bukan mudah,” kata Suzanariah Mohammad, 36, isteri kepada Mohd Nazri Ahmad, 39, yang hilang ingatan sejak terbabit kemalangan jalan raya, lapan bulan lalu.

Mohd Nazri yang bekerja sebagai jurukimpal terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke Kemaman untuk menghadiri kursus pada 2 Ogos tahun lalu dan dia disahkan hilang ingatan serta mengalami trauma akibat hentakan kuat pada kepala.

Suzanariah berkata, dia buntu memikirkan nasibnya dan dua anaknya, Muhamad Fairuz Danial, 7, serta Sofia Liyana, 6, selepas suaminya itu ditimpa kemalangan.

“Kami amat merindui sikapnya yang dulu, dia seorang yang sangat penyayang dan bertanggun­gjawab namun sejak terbabit kemalangan, suami berubah dan paling membimbang­kan, suami kerap bertindak agresif,” katanya ketika ditemui di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, kelmarin.

Suzanariah berkata, suaminya terlantar selama sebulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dibenarkan pulang dan beransur pulih serta berjalan seperti biasa.

Namun hentakan pada kepala menyebabka­nnya tidak lagi mengenalin­ya sebagai isteri malah kerap mengancam mencederak­an dia dan anak.

“Demi keselamata­n saya dan anak, saya dengan persetujua­n

 ??  ?? SUZANARIAH menjaga Mohd Nazri yang hilang ingatan sejak kemalangan, 8 Ogos tahun lalu.
SUZANARIAH menjaga Mohd Nazri yang hilang ingatan sejak kemalangan, 8 Ogos tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia