Harian Metro

Penagih mohon bicara Manipulasi wang RM1.24j

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan memiliki heroin 6.91 gram.

Tertuduh, Mohd Saiful Nizam Saad, 35, dari Bukit Payong, Marang mengangguk faham sebelum mohon dibicaraka­n ketika pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama, dibacakan di depan Hakim Rofiah Mohamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki heroin terbabit di sebuah rumah di Taman Safiah Murni, Bukit Payong, Marang, jam 3.20 pagi pada 11 September 2017.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan hukuman rotan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 24 hingga 25 April dan 14 hingga 15 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Marsilawat­i Mohamad Shah.

Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas enam pertuduhan melakukan pengubahan wang haram RM1.24 juta, dua tahun lalu.

Zamrud Mansor, 77, dan anaknya, Hazizul Zamrud, 44, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd Nasir Noordin.

Zamrud dan Hazizul, masing-masing adalah bekas pegawai dan pegawai kanan Pusat Pembanguna­n Kemahiran Perindustr­ian Melaka (MISDEC).

Bagi pertuduhan pertama hingga kelima, mereka didakwa bersama-sama memindahka­n wang dan menerima faedah berjumlah RM1.2 juta yang juga hasil daripada aktiviti haram milik syarikat Misdec Resources Sdn Bhd (MRSB) ke dua syarikat Digicity (M) Sdn Bhd dan I & R Precision Engineerin­g Sdn Bhd bagi tujuan peribadi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di CIMB Bank Berhad, No 30 dan 32 Jalan Mutiara Melaka 2, Batu Berendam, sekitar 9 Oktober 2014 hingga 3 Ogos 2016.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2011 yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah aktiviti haram atau RM5 juta mengikut yang mana lebih tinggi.

Sementara itu, Hazizul secara bersendiri­an berdepan pertuduhan sama memindahka­n

 Dua beranak mengaku tak bersalah atas enam pertuduhan aktiviti haram

wang RM20,000 daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad ke akaun Maybank milik Misdec di alamat sama pada 14 April 2015.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat mencadangk­an mahkamah untuk tidak menawarkan jaminan mengikut peruntukan Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, namun bergantung kepada budi bicara mahkamah.

Bagaimanap­un, dua beranak itu yang diwakili peguam bela Azrul Zulkifli Stork merayu dibenarkan jaminan dengan alasan faktor usia Zamrud yang berusia 77 tahun dan sudah bersara manakala Hazizul masih berkhidmat sebagai Pegawai Khas MISDEC dan menanggung seorang anak kecil serta isteri yang sarat mengandung.

Mahkamah kemudian membenarka­n jaminan RM100,000 ke atas setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April depan untuk serahan dokumen.

 ??  ?? ZAMRUD (kiri) dan Hazizul (dua dari kanan) ketika diiringi Penguatkua­sa
SPRM selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kompleks
Mahkamah Melaka, Ayer Keroh.
ZAMRUD (kiri) dan Hazizul (dua dari kanan) ketika diiringi Penguatkua­sa SPRM selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh.
 ??  ?? MOHD Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan memiliki heroin seberat 6.91 gram.
MOHD Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan memiliki heroin seberat 6.91 gram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia