Harian Metro

Dituduh beli peralatan seks guna wang palsu

-

Melaka: Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan menggunaka­n wang palsu RM50 untuk pembelian ‘kemaluan wanita’, awal bulan lalu.

Tertuduh, Tengku Mohammad Zakaria Raja Ghazali, 29, yang berpangkat koperal membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Norma Ismail.

Tertuduh didakwa menggunaka­n dua nota wang palsu RM50 untuk pembelian peralatan seks ‘Crazy Bull Pussy’, dengan mengetahui wang digunakan adalah wang palsu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Stesen Minyak Petronas Sungai Udang pada 8 Februari 2018.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban menawarkan jaminan RM15,000 dikenakan ke atas tertuduh. Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguambela Ishak Kari merayu dikenakan jaminan rendah dengan alasan menetap di kuarters tentera.

“Anak guam saya juga tidak mempunyai banyak wang, malah menanggung isteri yang tidak bekerja dan seorang anak masih kecil,” kata Ishak.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April ini untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Kuala Lumpur: Seorang ketua jururawat dan adik iparnya dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, semalam masing-masing atas pertuduhan membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM1 juta, dua tahun lalu.

Huziana Othman, 49, dan Noorashiki­n Azmi, 38, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan masing-masing di hadapan Hakim Madihah Harullah dan Allaudeen Ismail.

Pada prosiding di hadapan Madihah, Huziana yang bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar didakwa membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahka­n wang berjumlah RM500,000 daripada akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad miliknya ke akaun Koperasi Amanah Pelaburan Berhad miliknya yang mana ia hasil daripada aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Koperasi Amanah Pelaburan Berhad, Tingkat 10, Menara 2, Menara

 ??  ?? TENGKU Mohammad Zakaria dihadapkan ke Mahkamah
Sesyen di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh.
TENGKU Mohammad Zakaria dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia