Harian Metro

Rayu isteri bawa anak pulang

-

“Saya merayu kepada isteri supaya pulang ke pangkuan bersama anak, kerana dia (anak) perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.

“Saya bimbang tahap kesihatann­ya memandangk­an dia memerlukan penjagaan khusus kerana penyakit dialaminya itu,” kata Chow Kit Sun, 31, yang ditinggalk­an isterinya, Vi Thi Nga, 27, sejak enam bulan lalu dipercayai akibat masalah kewangan.

Lebih malang apabila wanita warga Vietnam itu turut ‘melarikan’ anak perempuan mereka berusia dua tahun, Helen Chow, yang mengalami masalah hati pulang ke kampung halamannya.

Chow berkata, isterinya tetap membawa anak mereka ke Vietnam walaupun menyedari

Helen menghidap penyakit kronik iaitu masalah hati berlubang.

Katanya, sebelum ini, wanita itu pernah beberapa kali cuba melarikan diri bersama anak perempuan mereka akibat masalah kewangan dihadapiny­a.

“Pada 30 Ogos tahun lalu, saya menerima mesej daripada isteri memaklumka­n dia sudah keluar dari rumah kami di Ipoh, Perak, bersama anak untuk pulang ke kampung halamannya di Vietnam.

“Dia (isteri) turut memberikan alasan tidak mahu tinggal di rumah kerana mahu balik ke kampung,” katanya dalam sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima 24 kes dalam tempoh dua tahun lalu sehingga kini membabitka­n wanita Vietnam melarikan anak yang berstatus warganegar­a Malaysia.

 ??  ?? MICHAEL (kiri) bersama Chow (tengah) menunjukka­n gambar anak dan isterinya.
MICHAEL (kiri) bersama Chow (tengah) menunjukka­n gambar anak dan isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia