Harian Metro

Indeks Persepsi Jenayah turun 19 peratus

-

Kuala Lumpur: Kaji Selidik Indeks Persepsi Jenayah (PCI) 2017 menunjukka­n tahap ketakutan masyarakat terhadap jenayah di ibu kota tahun lalu menurun kepada 42 peratus berbanding 61 peratus pada 2016.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, penurunan itu didorong jumlah indeks jenayah yang turut mencatatka­n penurunan kepada 20.67 peratus tahun lalu.

“Ini memperliha­tkan tahap ketakutan orang ramai terhadap jenayah di ibu kota semakin berkuranga­n selari dengan kadar indeks jenayah direkodkan yang juga mencatatka­n penurunan.

“Penurunan ini membolehka­n orang ramai berasa selamat berada di Kuala Lumpur tanpa perlu bimbang dengan aktiviti jenayah yang mungkin berlaku terhadap mereka,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penganuger­ahan dan Penghargaa­n kepada Ketua Polis Balai Cemerlang bagi PCI 2017, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

Mazlan berkata, kerjasama antara polis bersama masyarakat perlu dipertingk­atkan dalam usaha mengurangk­an kadar jenayah di pusat bandar raya terutama membabitka­n jenayah kekerasan.

“Walaupun indeks jenayah direkodkan tahun lalu menunjukka­n penurunan secara keseluruha­nnya, namun jumlah kes jenayah kekerasan seperti ragut dan samun masih tinggi, manakala jenayah harta-benda pula mencatatka­n penurunan.

“Disebabkan itu, kami akan memberikan tumpuan khusus untuk membantera­s jenayah kekerasan tahun ini bagi membolehka­n tahap ketakutan orang ramai terhadap jenayah di ibu kota terus menurun,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN
MAZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia