Harian Metro

Bas langgar tuan

- Ruwaida Md Zain news@nstp.com.my

 Pemandu maut digilis ketika baiki sistem klac kenderaan

Seorang pemandu bas maut dilanggar bas miliknya ketika membaiki kenderaan itu di hadapan Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar, Klang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, dalam kejadian jam 11.25 pagi semalam, Mohd Fuad Suratman berada di bawah bas itu untuk membaiki kerosakan sistem klac kenderaan berkenaan.

“Ketika kejadian, enjin bas yang diparkir di kawasan lapang di hadapan masjid itu dipercayai hidup dan ia mengundur sendiri ketika mangsa membaikiny­a dan lelaki berusia 51 tahun itu digilis di kepala dan perut.

“Bas berhenti selepas melanggar tembok pagar masjid terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat pada jam 2.30 petang semalam.

“Keluarga mangsa juga sudah membuat pengecaman terhadap mayat mangsa,” katanya.

Mazelan berkata, lokasi kejadian di kawasan lapang tidak berturap.

“Ketika kejadian, keadaan cuaca pagi yang cerah dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih berjalan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? PEMANDU bas, Mohd Fuad maut dilanggar bas miliknya ketika membaiki kerosakan kenderaan itu di hadapan Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar, Klang.
PEMANDU bas, Mohd Fuad maut dilanggar bas miliknya ketika membaiki kerosakan kenderaan itu di hadapan Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar, Klang.
 ??  ?? ORANG ramai menutupi mayat Mohd Fuad dengan kain, khemah.
ORANG ramai menutupi mayat Mohd Fuad dengan kain, khemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia