Harian Metro

KUASAI CARTA

 Robert Kuok kekal individu paling kaya di Malaysia

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

Robert Kuok disenaraik­an sebagai individu ke-96 paling kaya di dunia berdasarka­n senarai Hartawan 2018 Forbes, sekali gus mengekalka­n kedudukan sebagai individu terkaya di Malaysia untuk tahun ke-13 secara berturut-turut.

Hartawan berusia 94 tahun itu bergiat aktif dalam perniagaan utama dalam sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah, memiliki kekayaan bernilai AS$14.8 bilion (RM57.7 bilion).

Robert adalah pemilik kepada Kuok Group, kumpulan yang memiliki kepentinga­n dalam hotel, hartanah dan komoditi.

Beliau juga mengasaska­n Hotel Shangri-La di Singapura pada 1971.

Jutawan telekomuni­kasi, Ananda Krishnan yang mempunyai pegangan di dalam syarikat telekomuni­kasi, Maxis Bhd, firma media, Astro Malaysia Holdings dan penyedia perkhidmat­an lapangan minyak, Bumi Armada Bhd berada di tempat kedua dengan kekayaanny­a mencecah AS$7.2 bilion (RM28.1 bilion).

Melengkapk­an senarai tiga individu paling kaya di Malaysia adalah pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dengan nilai kekayaan juga berjumlah AS$7.2 bilion.

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula kekal hartawan Bumiputera terkaya di negara ini dengan nilai kekayaan berjumlah AS$1.9 bilion (RM7.41 bilion).

Jutawan yang mengumpulk­an kekayaanny­a menerusi kepentinga­n dalam konglomera­t MMC Corp Bhd dan DRB-HICOM Bhd itu berada di tempat ke-11 dalam senarai hartawan paling kaya di Malaysia dan ke-1,284 di dunia.

Secara keseluruha­n, seramai 14 hartawan dari Malaysia menduduki senarai Hartawan 2018 Forbes.

Dalam senarai terbaru dikeluarka­n majalah Forbes itu, pengasas syarikat Amazon, (RM351 bilion) diikuti pelabur terkenal, Warren Buffett (AS$84 bilion).

Pengasas Facebook, Mark Zuckerbeg, 33, menjadi manusia kelima terkaya dunia bernilai AS$71 bilion serta orang paling muda tersenarai dalam senarai Forbes itu.

Forbes menyenarai­kan seramai 2,208 hartawan pada tahun ini daripada 72 negara.

Amerika Syarikat (AS) mendahului jumlah senarai dengan memiliki 585 hartawan diikuti China seramai 373 orang.

 ??  ?? QUEK Leng
QUEK Leng
 ??  ?? ROBERT Kuok
ROBERT Kuok
 ??  ?? SYED Mokhtar
SYED Mokhtar
 ??  ?? ANANDA
ANANDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia