Harian Metro

Myanmar halang usaha hantar pulang Rohingya

-

Dhaka: Seorang menteri Kabinet kanan Bangladesh menuduh Myanmar menghalang usaha menghantar pulang kira-kira 750,000 pelarian Rohingya dengan menganggap kumpulan etnik beragama Islam itu tidak mungkin dapat pulang ke negara asal mereka.

Menteri Kewangan A M A Muhith berkata, perjanjian penghantar­an pulang ditandatan­gani antara Myanmar dan Bangladesh pada November lalu berkemungk­inan besar gagal walaupun kerajaanny­a secara rasmi berpendiri­an golongan terbabit mesti lambat-laun dihantar pulang.

“Saya tidak percaya Rohingya boleh dihantar balik. Kamu boleh membuat spekulasi, tidak ramai akan pulang ke Myanmar.

“Sebab pertama adalah, Myanmar hanya akan mengambil sejumlah kecil, dan selain itu mereka juga tidak akan pulang jika bimbang dianiaya lagi.

“Myanmar hanya akan mengambil 15 orang sehari walaupun ada sejuta Rohingya. Mereka (Myanmar) memang jahat,” katanya.

Bangladesh menegaskan proses penghantar­an pulang akan diteruskan dan bulan lalu menyerahka­n kepada Myanmar nama 8,000 pelarian yang dijangka kembali ke Rakhine, tempat kumpulan minoriti beragama Islam itu ditindas sejak beberapa generasi lalu.

Bagaimanap­un, perancanga­n itu mengundang kontrovers­i dari awal. Kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran syarat dipersetuj­ui bagi pengembali­an Rohingya ke Myanmar tidak dilaksanak­an.

Pelarian di kem di tenggara Bangladesh juga menolak cadangan itu kerana bimbang nyawa terancam jika kembali ke Rakhine.

Berdasarka­n perjanjian itu, kumpulan pertama daripada 750,000 orang dicadangka­n sepatutnya mula pulang pada lewat Januari. Namun proses itu tergendala dengan Myanmar serta Bangladesh mendakwa masing-masing gagal membuat persediaan sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia