Harian Metro

Rejim Syria kerah militia

 700 anggota kumpulan bersenjata bertempur di Ghouta Timur

-

Tentera rejim Syria membedil pekan Mesraba di Ghouta Timur hari ini, bagi membuka laluan untuk kemaraan pasukan darat.

Televisyen kerajaan yang menyatakan tentera rejim menyerang pertahanan pemberonta­k di pekan berkenaan, menyiarkan secara langsung keadaan di pinggir Mesraba yang jika ditawan akan menyebabka­n pemberonta­k terpisah kepada dua kumpulan.

Menurut Reuters, siaran televisyen itu menunjukka­n kepulan asap tebal dengan bunyi jet serta letupan.

Sementara itu, AFP melaporkan rejim Syria menghantar ratusan anggota kumpulan bersenjata ke barisan depan di Ghouta.

Menurut pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpangkal­an di Britain, sekurang-kurangnya 700 militia dari Afghanista­n, Palestin dan militia Syria dibawa dari Aleppo ke Ghouta Timur, semalam.

Ketua pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman, berkata, pasukan tambahan itu dikerah ke dua medan pertempura­n utama, termasuk di of Harasta.

Tentera Syria dengan sokongan militia dan Russia melancarka­n serangan besar-besaran pada 18 Februari lalu, bagi menawan kembali Ghouta Timur dekat Damsyik iaitu kedudukan terakhir pemberonta­k.

Setakat ini, mereka sudah menawan 40 peratus wilayah berkenaan dengan sokongan bedilan artileri dan serangan udara dibantu Russia mengakibat­kan lebih 800 orang awam terbunuh.

Semalam, tentera kerajaan berada di pinggir beberapa pekan utama, termasuk Misraba, Beit Sawa, Jisreen dan Hammuriyeh.

FAKTA Rejim Syria hantar ratusan anggota kumpulan bersenjata ke barisan depan

di Ghouta

 ??  ?? BAYI dan kanak-kanak Syria di Ghouta Timur diberi bantuan pernafasan oleh anggota bantuan PBB kerana disyaki terhidu gas beracun. - Agensi
BAYI dan kanak-kanak Syria di Ghouta Timur diberi bantuan pernafasan oleh anggota bantuan PBB kerana disyaki terhidu gas beracun. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia